Penjawat awam didakwa rogol anak tiri

Penjawat awam didakwa rogol anak tiri. Seorang kerani akaun sebuah jabatan kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas dua pertuduhan merogol anak tiri ketika mangsa berusia 11 tahun dan 14 tahun.

Tertuduh berusia 38 tahun didakwa di hadapan Hakim, Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan seorang kanak-kanak perempuan iaitu anak tirinya yang ketika itu berusia 11 tahun tujuh bulan di sebuah rumah di Guchil Bayam di sini antara jam 8 pagi hingga 10 malam pada pertengahan tahun 2017.



Pada pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan mangsa sama yang ketika itu berusia 14 tahun 10 bulan di lokasi sama pada jam 8 pagi, Isnin lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun, maksimum 30 tahun dan hendaklah juga disebat, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Faizuan Sulaiman memohon tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan dan tidak mencadangkan jaminan kerana bimbang mengganggu mangsa berikutan mereka tinggal bersama.

Peguambela tertuduh Halim Ashgar Hilmi bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan jaminan terhadap anak guamnya itu dengan alasan tertuduh sudah 17 tahun berkhidmat dengan kerajaan.



“Saya memberi jaminan selepas ini tertuduh akan tinggal berasingan di rumah ibunya di Tumpat dan tidak akan mengganggu atau menghubungi mangsa serta keluarga,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan serta tidak mengganggu mangsa.

Tertuduh membayar jaminan dan tarikh 26 Oktober ini sebagai sebutan semula kes.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang gadis menceritakan kepada ibu saudaranya mengenai kejadian rogol yang didakwa dilakukan oleh bapa tirinya ketika mangsa berusia 11 tahun.



Mangsa yang berusia 14 tahun itu kemudian dibawa oleh ibunya ke balai polis untuk membuat laporan yang membawa kepada penahanan lelaki berkenaan selang beberapa jam selepas itu.

Penjawat awam didakwa rogol anak tiri


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Masjid Putra Mohon Maaf Isu Video Tular Layanan Jemaah ‘VIP’ [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker