Netizen Terhibur Tengok Gelagat Lelaki Ini Fobia Jarum Suntik, Rupanya….[VIDEO]

Netizen Terhibur Tengok Gelagat Lelaki Ini Fobia Jarum Suntik, Rupanya….[VIDEO]

Kalau kita sebut saja hal yang berlaku di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV), mesti banyak ragam dan kerenah yang akan kita dengari. Dari yang datang memakai pakaian yang unik, sampailah ke sikap yang fobia dengan jarum suntikan.

Walaupun ramai yang ada fobia dengan jarum ni, tapi kisah ‘fobia’ seorang lelaki ini nak terima suntikan memang lain macam.

Gabra nak kena suntik

Baru-baru ini, viral sebuah video menunjukkan keadaan seorang lelaki ini terlampau takut untuk terima suntikan vaksinnya.



Posting tersebut dikongsikan oleh akaun @EJA Bonda, yang mana seorang lelaki ini datang ke sebuah klinik untuk menerima suntikan vaksin.

Namun jelas kelihatan dalam video berkenaan riak wajahnya terlampau takut apabila hendak disuntik. Bukan tu saja, dia sempat lagi letakkan tangan di dada sambil istighfar cuba untuk tenangkan dirinya.

Sumber: TikTok

 



Isteri tukang cucuk

Nak dijadikan cerita, jururawat yang nak bagi injection pada lelaki itu adalah isterinya sendiri. Isterinya juga sempat tenangkan si suami yang terlampau takut itu.

Bukan tu saja, sambil-sambil nak tenangkan diri tu lelaki ini boleh lagi bagi ‘peringatan’ pada isterinya supaya berhati-hati sewaktu nak cucuk itu.

“Mama elok-elok ma nak cucuk tu” katanya.

Makin nak disuntik, makin menggeletar si suami sampai menghentak kakinya sebab terlampau takut. Akhirnya selepas beberapa ketika bertarung dengan ketakutan diri, akhirnya lelaki itu berjaya mendapat suntikan vaksin pertamanya.

Aksi lelaki berkenaan telah menjadi bualan ramai, dan sehingga kini video berkenaan telah meraih lebih dari 770k views di TikTok.



VIDEO DIBAWAH:-

“Aku pulak yang tahan nafas tengok”

Di ruangan komen, pelbagai reaksi ditunjukkan oleh netizen selepas melihat gelagat lelaki tersebut. Ada juga netizen yang turut sama rasa ‘takut’ bila tengok lelaki berkenaan cuba untuk tenangkan diri. Selain itu ada juga berkongsi pengalaman mereka, yang turut sama fobia dengan jarum ini.

Sumber: TikTok

Alahai kesian betul tengok bila orang fobia dengan jarum ni. Nasib baiklah isteri pun menyabar tunggu.-LM

Netizen Terhibur Tengok Gelagat Lelaki Ini Fobia Jarum Suntik, Rupanya….[VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

  • Najib buat laporan polis terhadap LHDN
  • Nazri ramal UMNO dan Bersatu akan bergabung sebelum PRU15
  • 4 kereta termasuk Lamborghini terbabit kemalangan [VIDEO]
  • Utusan, NST tidak dibenar buat liputan di Parlimen, MalaysiaNow boleh
  • Kanak-kanak perempuan berbogel dan diarak dalam ritual ‘panggil hujan’
  • Khir cadang semua bekas PM dilibatkan dalam MPN
  • ‘Jutaan terima kasih’, kata polis selepas AGC tuduh ahli Armada Bersatu bunuh pengawal keselamatan
  • Nano spray, awas jangan terpedaya
  • Basque Burnt Cheesecake Durian
  • Harga kit ujian kendiri akan disemak semula – Tengku Zafrul
  • Belum 100 hari, Rina sudah gagal – Fuziah

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]



‘Asif Memang Takut Jarum’, Hampir Sejam Pujuk Pelakon Asif Untuk Suntik Vaksin [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker