Hanya pelajar cukup 2 dos vaksin layak ke kampus

PUTRAJAYA: Hanya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang telah lengkap dua dos vaksin Covid-19 sahaja dibenarkan kembali menyambung pengajian di kampus selepas ini.

Pelajar yang baru menerima satu dos dan yang belum mene­rimanya tidak dibenarkan mengikuti pengajian secara hib­rid di kampus, sebaliknya mereka perlu mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PDP) secara dalam talian.

Mengikut rekod Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), lebih 195,000 pelajar IPT awam langsung tidak mempunyai rekod pendaftaran vaksinasi.



Jumlah tersebut adalah lebih tinggi berbanding pelajar IPT swasta yang tiada rekod pendaftaran imunisasi iaitu lebih 51,000 atau 10.2 peratus sahaja setakat ini.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, kumpulan pelajar ini hanya dibenarkan kembali ke kampus bagi mengikuti pe­ngajian secara hibrid, selepas mereka menerima vaksin lengkap.

Menurut beliau, arahan itu terpakai kepada semua termasuk universiti swasta, politeknik dan kolej komuniti sebagaimana prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“KPT akan mengadakan kempen bagi menggalakkan pelajar mengambil vaksin dalam usaha untuk mewujudkan satu persekitaran selamat di dalam kampus,” katanya di sini semalam.



Noraini berkata, berdasarkan rekod semasa Kementerian Pengajian Tinggi, sekitar 37.5 peratus pelajar IPT tidak mempunyai rekod status vaksinasi.

Justeru, beliau meminta pengurusan universiti menyediakan data status vaksin pelajar terkini dengan kadar segera.

Bagaimanapun, beliau berkata, dalam proses mempercepatkan proses vaksinasi kepada pelajar, pihaknya mengadakan perbincangan dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin minggu lalu.

“Alhamdulillah, kerajaan ber­setuju supaya pelajar IPT yang masih belum divaksin, boleh mendapatkan vaksin secara walk-in di PPV terbuka.



“Pelajar sedia ada hanya perlu menunjukkan kad matrik pelajar, manakala bagi pelajar baharu, mereka perlu membawa surat tawaran kemasukan ke IPT,” katanya.

Pada masa ini, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menerima rekod daripada KPT yang menunjukkan seramai 547,595 pelajar IPT awam dan swasta di seluruh negara sudah pun lengkap vaksinasi.

Kelmarin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad berkata, pihaknya yakin universiti yang mempunyai mekanisme tersendiri tahu bagaimana untuk menangani isu pelajar yang belum divaksin.

KPT pada masa sama menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Pengurusan Covid-19 pasca kemasukan pelajar yang dianggotai semua naib canselor dan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian sebagai langkah proaktif pada peringkat makro.



Dalam pada itu, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mengemukakan 11 tuntutan berhubung rancangan pembukaan semula IPT untuk kemasukan pelajar secara fizikal bagi sesi akademik 2021/2022, Oktober ini bagi melancar serta memudahkan proses kemasukan semula mahasiswa ke kampus.

KMUM menegaskan, kemasukan itu hanya boleh dilakukan jika data vaksinasi terkini menunjukkan ramai mahasiswa sudah lengkap vaksinasi dan data berkenaan perlu ditunjuk dan dipamerkan secara umum.

Status kemasukan mahasiswa diutamakan kepada yang berkeperluan dan telah divaksin sepenuhnya dan kelonggaran perlu diberi kepada mahasiswa baharu yang bukan berkeperluan, untuk membuat permohonan pengecualian pendaftaran fizikal.

Antara tuntutan lain ialah penyediaan kit ujian calitan bagi setiap mahasiswa yang akan mendaftar masuk secara fizikal di kampus, klinik universiti atau Pusat Perubatan UM (PPUM) digunakan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bagi mahasiswa universiti itu dan membenarkan pelajar yang sudah menerima suntikan dos pertama di ne­geri asal untuk mengambil dos kedua di PPV UM.



Tuntutan lain ialah memberi notis lebih jelas kepada pelajar antarabangsa mengenai status kemasukan mereka kerana golongan itu memerlukan tempoh lebih sebulan untuk pemprosesan visa, ujian calitan dan proses kuarantin. – UTUSAN

Hanya pelajar cukup 2 dos vaksin layak ke kampus

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


195000 ribu ‘Mahasiswa IPTA’ tak daftar vaksin sebab ambil mudah!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker