RM90b harta beku tidak dituntut
PETALING JAYA: Dianggarkan hampir RM90 bilion jumlah harta beku dan tidak dituntut di negara ini pada tahun lalu melibatkan 90 peratus daripadanya milik orang Melayu.
Amalan konvensional yang memerlukan waris berkumpul dalam pengurusan harta kematian seperti Amanah Raya Berhad (Amanah Raya), mahkamah tinggi atau pejabat tanah (pejabat pusaka) bagi mendapatkan persetujuan semua waris melambatkan proses tuntutan, lebih-lebih lagi jika mahu melantik seseorang sebagai pentadbir harta.
Ia jauh berbeza berbanding beberapa tuntutan pusaka seperti Pengeluaran Pusaka Tabung Haji lebih mesra pengguna, mudah, cepat dan efisien yang hanya memerlukan seorang waris membawa buku akaun bank, akaun tabung haji atau mana-mana sijil saham yang si mati miliki untuk tuntutan pusaka bagi kelangsungan hidup.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Perunding Profesional Perancangan Harta Pusaka Islam As-Salihin Trustee Berhad, Haryati Mohd. Ali berkata, hal itu berlaku akibat tiada perancangan mengenai harta yang ditinggalkan oleh pemilik selepas meninggal dunia menyebabkan ia terbeku dan tidak dapat dicairkan oleh waris.
Katanya, perselisihan sesama waris berikutan sukar mencapai kata sepakat, proses tuntutan yang memakan masa lama dan kos tinggi mendorong perkara itu berlaku.
“Sekiranya orang ramai terus memandang ringan mengenai pengurusan harta pusaka dengan tidak menyediakan perancangan yang baik ketika hidup, dikhuatiri memberi mudarat kepada isteri dan anak-anak selepas kematian ketua keluarga selain satu kerugian besar buat ekonomi negara.
“Saya amat berharap masyarakat Melayu tidak lagi bersikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab terhadap waris dengan menimba ilmu yang cukup terutama dalam proses perundangan, mendapatkan bimbingan daripada pakar selain cuba mengatasi masalah kelemahan dokumentasi agar memudahkan waris menguruskan harta pusaka itu kelak,” katanya ketika ditemu bual baru-baru ini.
Harta beku adalah harta yang tidak dituntut oleh waris dan masih berdaftar atas nama pemilik yang sudah meninggal dunia disebabkan beberapa faktor seperti tidak mengetahui cara menguruskan pusaka, tiada masa, tiada persepakatan dalam kalangan ahli keluarga dan tiada wang bagi menguruskan harta tersebut.
Haryati memberitahu, jumlah aset beku dan tidak dituntut boleh disuntik dalam ekonomi negara jika diuruskan dengan baik.
Namun katanya, ramai yang tidak menyedari hal itu menyebabkan mereka alpa dan tidak mengendahkan kepentingan dalam merancang pengurusan harta pusaka.
“Jika aset itu merupakan duit dan sekiranya tidak dituntut dalam tempoh tujuh tahun, ia akan ke baitulmal tetapi jika melibat aset seperti rumah, ia akan dibiarkan begitu sahaja.
“Jika harta ini diuruskan dengan baik, secara tidak langsung akan membantu kerajaan menjana pendapatan, membantu waris dan boleh digunakan untuk program kemasyarakatan,” ujarnya. – UTUSAN
Baca Artikel Menarik :
- Maut lepas vaksin jarang berlaku, tapi majoriti babitkan penerima Sinovac
- Bukit Aman minta Najib serah dokumen
- Nakal Betul Mata Semua Ya! Ruhainies Ditegur Ketika Menari TikTok, Netizen Yang Segan [VIDEO]
- Resepi Sambal Goreng Tempe Garing
- Half of Sarawak’s Covid-19 deaths involve fully vaccined
- Latheefa Koya wajar disiasat, terlalu banyak kes penganiayaan politik
- Doktor terlampau dicekup polis
- Susu ‘Full Cream’ Atau Susu ‘Low Fat’, Mana Lagi Bagus? – Apa Kata Pakar
- Najib hantar surat tuntutan kepada Muhyiddin
- Mereka memfitnah saya menangkis – Najib
- Apa kelebihan baca ayat “Salaamun Qaulam Mir Rabbir Rahim” 3 kali?
Layari Laman Facebook MYKMU
Selepas sembuh Covid-19, suami Rebecca sukar berjalan pula
Bila tarikh artikel ini di publish ye? Saya perlu untuk kegunaan kajian saya. Terima kasih.
Sept 2021