Lelaki panjat pokok disangka kera mati ditembak

Pihak bomba mengurus mayat mangsa setelah diturunkan dari atas pokok buah terap setinggi 10 meter di Kampung Kejapil, Bekenu, Miri.

MIRI – Seorang lelaki yang disangka kera mati ditembak ketika memanjat pokok buah terap di Kampung Kejapil, Bekenu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, mangsa yang dikenal pasti sebagai Mohamad Hallim Jamee, 32, meninggal dunia serta-merta dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu.

“Mayat mangsa ditemui tersangkut atas pokok buah terap dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah dikerah ke lokasi kejadian untuk menurunkan mayat mangsa,” katanya hari ini.

Difahamkan, mayat mangsa diturunkan pukul 4.45 petang dari pokok setinggi 10 meter itu.

Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 70 tahun ditahan dan selaras senapang patah dirampas bagi membantu siasatan.

Suspek seterusnya dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut, manakala mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Miri untuk dibedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.

Lelaki panjat pokok disangka kera mati ditembak


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


KJ mungkir janji mengenai kes mati BID, kata Lim

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker