Berpuasa tiga bulan sejak muda
Berpuasa tiga bulan sejak muda. Dua beradik wanita warga emas mendedahkan berpuasa selama tiga bulan berturut-turut sebelum kedatangan Ramadan menjadi amalan mereka untuk kekal sihat biarpun berusia lebih satu abad.
Munah Yunus, 115, dan adiknya, Pah, 111, yang sudah kematian pasangan masing-masing kini masih sihat tubuh badan, namun terpaksa mengengsot untuk bergerak selepas terjatuh kira-kira 10 tahun lalu.
Menurut Pah, dia dan kakaknya mengamalkan puasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban mengikut kalendar hijrah sebelum menyambung ibadah wajib itu pada Ramadan setiap tahun.
Katanya, amalan itu dilakukan sejak mereka muda lagi dan diteruskan meskipun sudah bergelar warga emas.
“Selain berpuasa selama tiga bulan berturut-turut, kami berdua juga mengamalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu pada bulan-bulan lain.
“Sejak kebelakangan ini, disebabkan faktor kesihatan dan lanjut usia, kakak saya sudah tidak mampu lagi untuk berpuasa selama tiga bulan. Dia hanya puasa penuh hanya pada bulan Ramadan kerana mudah keletihan,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Rengas, Tok Bok di sini kelmarin.
Pah memiliki lima anak, 18 cucu dan 36 cicit.
Bercerita lanjut, Pah memberitahu, selain berpuasa sunat, dia dan kakaknya tidak meninggalkan ibadah wajib lain termasuk solat lima waktu meskipun terpaksa melakukannya dengan cara duduk.
Mengikut kad pengenalan yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara, Pah berusia 97 tahun, manakala kakaknya pula berusia 101 tahun.
Walau pun bagaimanapun, usia dua beradik itu dipercayai sudah melebihi 100 tahun berdasarkan kepada simbol * pada hujung nombor dokumen tersebut.
Pah mempunyai penyakit darah tinggi dan parkinson, manakala kakak pula tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
Biarpun sudah lanjut usia, Pah dan kakaknya telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong di sini pada awal Ogos lalu sebagai ikhtiar mereka untuk menjaga kesihatan masing-masing di musim pandemik Covid-19 ini.
Sementara itu, anak ketiga Pah, Mohd. Ramli Ismail, 63, berkata, selain berpuasa, ibunya juga sangat mengambil berat berkaitan pemakanannya dan hanya makan hidangan sihat seperti ulam-ulaman.
“Saya bersyukur kerana ibu dan ibu saudara (Munah) dikurniakan kesihatan yang baik.
“Dalam usia yang sudah melebihi satu abad, mereka diberi peluang untuk melihat cucu-cucu dan cicit-cicit membesar di depan mata,” katanya.
Berpuasa tiga bulan sejak muda
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Maut lepas vaksin jarang berlaku, tapi majoriti babitkan penerima Sinovac
- Bukit Aman minta Najib serah dokumen
- Nakal Betul Mata Semua Ya! Ruhainies Ditegur Ketika Menari TikTok, Netizen Yang Segan [VIDEO]
- Resepi Sambal Goreng Tempe Garing
- Half of Sarawak’s Covid-19 deaths involve fully vaccined
- Latheefa Koya wajar disiasat, terlalu banyak kes penganiayaan politik
- Doktor terlampau dicekup polis
- Susu ‘Full Cream’ Atau Susu ‘Low Fat’, Mana Lagi Bagus? – Apa Kata Pakar
- Najib hantar surat tuntutan kepada Muhyiddin
- Mereka memfitnah saya menangkis – Najib
- Apa kelebihan baca ayat “Salaamun Qaulam Mir Rabbir Rahim” 3 kali?
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.