Yob Atoi rosakkan tanaman di Gerik dipindah ke Terengganu

Sebaran :

Yob Atoi rosakkan tanaman di Gerik dipindah ke Terengganu

DUA ekor gajah denak digunakan dalam operasi memindahkan gajah liar jantan yang ditangkap di Kampung Lepang Nenering di Gerik hari ini.

GERIK: Seekor gajah jantan yang berkeliaran merosakkan tanaman penduduk di Kampung Lepang Nenering di sini, berjaya dipindahkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak hari ini.

Gajah berusia lingkungan 15 hingga 20 tahun yang diberi nama Yob Atoi itu dipindahkan ke Santuari Gajah Sungai Deka di Terengganu dengan bantuan dua ekor gajah denak, Abot dan Rambai.



Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, gajah seberat 1.5 tan itu ditangkap dalam operasi oleh anggota Unit Tangkapan Gajah Perak (UTGP) pada 10.30 pagi, Isnin lalu.

Katanya, operasi tersebut dijalankan selepas mendapat aduan penduduk kampung pada 22 Ogos lalu mengenai kehadiran mamalia itu yang merosakkan tanaman dan berkeliaran di kawasan kampung.

“Yob Atoi dipercayai daripada populasi kumpulan Belum yang dianggarkan berjumlah antara 45 hingga 50 ekor.

“Perhilitan Perak telah menjalankan operasi pemindahan Yob Atoi ke Santuari Gajah Sungai Deka dengan bantuan kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Pahang,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.



Dalam pada itu, Yusoff menasihatkan penduduk kampung agar sentiasa membersihkan kawasan tanaman dan kebun dengan tidak dibiarkan bersemak sebagai langkah untuk mengurangkan kehadiran hidupan liar di kawasan berkenaan.

Katanya, orang ramai juga disarankan supaya berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar.

“Sebarang aduan dan maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Jabatan Perhilitan melalui talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.,” katanya. Utusan

Yob Atoi rosakkan tanaman di Gerik dipindah ke Terengganu




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sanggup mengaku sepupu elak dicekup


Sebaran :

Leave a Reply