Rampasan terbesar 368kg heroin base bernilai RM34.1 juta

RAZARUDIN HUSAIN (kanan) menunjukkan ketulan mampat heroin base yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.

BUKIT MERTAJAM: Sindiket penyeludupan dadah yang aktif di wilayah utara berjaya ditumpaskan membabitkan rampasan ketulan mampat heroin base bernilai RM34.1 juta pada 3 September lalu.

Dalam enam operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini, Kedah dan Perak, seramai 11 individu berusia  22 hingga 58 tahun ditahan.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, semasa serbuan di Bukit Minyak dekat sini kira-kira pukul 12.40 tengah malam, polis  merampas  1,000 keping heroin base seberat kira-kira 368 kilogram (kg).

Menurut beliau, ketika serbuan, dadah berkenaan diletakkan di dalam beberapa buah kotak sedang dipunggah masuk ke dalam sebuah kepala treler oleh dua individu.



“Bagi mengaburi mata pihak berkuasa, lapisan atas dadah di dalam kotak itu diletakkan seluar jeans,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di sini hari ini.

Menurut Razarudin, susulan serbuan itu pihaknya menahan sembilan individu lain termasuk ketua sindiket berusia 42 tahun di beberapa lokasi di ketiga-tiga negeri itu pada hari sama.

Warga emas hayun sabit positif dadah, miliki 16 rekod jenayah



Jelasnya, siasatan mendapati sindiket yang aktif sejak lebih setahun lalu itu memperoleh bekalan dari negara jiran dan menjadikan Pulau Pinang sebagai transit sebelum dihantar ke negeri lain.

“Tangkapan itu juga menjadikannya yang terbesar oleh PDRM pada tahun ini membabitkan rampasan heroin base,” katanya.

Beliau berkata, dalam operasi itu polis turut menyita pelbagai aset bernilai hampir RM2 juta termasuk lima buah kenderaan jenis Mercedes Benz E250; Toyota Vellfire; Range Rover Velar; Chevrolet Colorado dan Honda Civic serta wang tunai dan barang kemas.

Menurutnya, kesemua suspek termasuk seorang yang positif syabu direman selama tujuh hari sehingga esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN



Rampasan terbesar 368kg heroin base bernilai RM34.1 juta


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Polis kesan pemandu kereta langgar penunggang basikal



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker