‘Gelembung pelancongan’ ASEAN-China penting kepada pemulihan

‘Gelembung pelancongan’ ASEAN-China penting kepada pemulihan, kata Ismail

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa inisiatif bersama berhubung ‘gelembung pelancongan’ dan peraturan kuarantin boleh diteroka antara ASEAN dan China bagi memulihkan industri pelancongan dan juga saling hubungan antara penduduk.

Beliau berkata, dengan berbuat demikian setiap negara berada di kedudukan yang lebih baik untuk pulih daripada kesan wabak Covid-19.

“Begitu juga dengan pengiktirafan bersama dokumen vaksinasi yang merupakan satu lagi bidang yang mantap untuk diteroka,” tambahnya.

Beliau berkata, langkah kreatif adalah penting dalam mengembalikan hubungan antara penduduk memandangkan pandemik ini mengakibatkan kawalan sempadan negara diperketat dan pelancongan masih dianggap sebagai aktiviti berisiko tinggi.

“Sehubungan itu kita berasa gembira apabila ASEAN sedang membangungkan dengan aktif kerangka kerja urusan koridor pelancongan bagi memberi kemudahan kepada perdagangan rentas sempadan serta pelaburan dan ini akan mewujudkan laluan yang mantap ke arah pemulihan dan pertumbuhan ekonomi serantau,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap secara maya di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-18 dan Sidang Kemuncak Pelaburan Perniagaan China-ASEAN (CABIS) ASEAN yang berlangsung di Nanning, China.

“Gelembung pelancongan adalah satu daripada tiga faktor utama yang diketengahkan oleh Ismail pada forum itu untuk menjadi asas kepada masa depan hubungan ASEAN-China dan dalam memudahkan pemulihan ekonomi kesan impak wabak Covid-19.

Sementara itu Ismail berkata, China amat penting kepada ASEAN, terutama sebagai negara rakan yang terawal menawarkan bantuan semasa pandemik.

“Semasa kita telah menempa pelbagai kejayaan menerusi usaha bersama, ada banyak lagi yang kita boleh capai. Saya optimis bahawa ASEAN dan China akan terus meningkatkan dan mengangkat kerjasama strategik ini ke tahap lebih tinggi,” katanya. FMT

‘Gelembung pelancongan’ ASEAN-China penting kepada pemulihan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker