COVID-19: Lembah Klang di Fasa 2 hari ini

COVID-19: Lembah Klang di Fasa 2 hari ini

Hari ini, kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih daripada fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) kepada Fasa 2.

Perkara itu seiring dengan kenyataan perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu lepas.



Di bawah Fasa 2 PPN, kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri yang telah memasuki Fasa 2 sebelum ini, sebagaimana ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Antara kelonggaran yang diberikan, kebenaran merentas daerah bagi individu, kebenaran merentas negeri untuk pasangan suami isteri jarak jauh, kebenaran merentas negeri untuk ibu bapa berjumpa anak di bawah 18 tahun, serta aktiviti dine-in.

Selain itu, aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama bagi penginapan di hotel dan homestay.

Bagaimanapun, kelonggaran ini hanyalah untuk mereka yang lengkap dua dos sahaja.

Bagi negeri Fasa 2 dan Fasa 3 pula, kelonggaran tambahan diberikan kepada perniagaan di kedai gunting, dandanan rambut, dan salon kecantikan.



Kini, hanya Kedah dan Johor masih berada di bawah Fasa 1 PPN.-Awani

COVID-19: Lembah Klang di Fasa 2 hari ini


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shahrol Shiro Dan Isteri Mohon Doa Orang Ramai Untuk Kesihatan Anak Mereka Ditahap Membimbangkan



Tutup atau buka sekolah sepatutnya bukan urusan KPM – Ahli akademik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker