Akta kawalan agama tak sentuh urusan orang bukan Islam
Zamihan: Akta kawalan agama tak sentuh urusan orang bukan Islam
Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) menyokong penggubalan Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam.
Menurut Presiden Aswaja, Zamihan Mat Zin, undang-undang itu untuk memelihara kesucian Islam tanpa menafikan hak agama lain.
Zamihan berkata, undang-undang itu bahkan bukan sesuatu yang baru kerana telah wujud dalam bentuk enakmen di hampir kesemua negeri-negeri di Malaysia.
“Akta ni digubal untuk melindungi umat Islam dari pengembangan agama lain, selain pelbagai dakyah ajaran sesat dan ekstremis terhadap umat Islam.
“Ia tidak bermaksud menyekat penyebaran agama bukan Islam terhadap sesama mereka. Bahkan ia tidak seinci pun menyentuh tentang urusan agama mereka.
“Orang bukan Islam tetap bebas menganut ajaran pilihan mereka. Dan sememangnya tidak ada paksaan mereka untuk memeluk Islam,” katanya mengulas mengenai akta berkenaan.
Untuk rekod, undang-undang tersebut hanya untuk Wilayah Persekutuan memandangkan hal ehwal agama di negeri tertakluk kepada negeri masing-masing.
Malaysiakini sebelum ini difahamkan undang-undang baru itu kemungkinan besar akan mengambil kira kesalahan yang dilakukan di alam maya, iaitu laman web dan media sosial.
Dalam pada itu, Zamihan berkata pada masa ini hanya Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang belum menggubal, melulus dan mewartakan undang-undang berkenaan.
“Kesimpulannya, penggubalan undang-undang ini merupakan satu perjuangan mulia yang diredhai Allah. Dan ia tidak perlu dijadikan polemik politik sempit mana-mana parti politik untuk menggugat kestabilan agama dan kaum di negara ini,” katanya lagi.
Semalam, kerajaan Sabah mengumumkan menolak cadangan memperkenalkan akta baru bagi mengekang penyebaran dan pengembangan agama selain Islam. Mk
Akta kawalan agama tak sentuh urusan orang bukan Islam
Baca Artikel Menarik :
- Maut lepas vaksin jarang berlaku, tapi majoriti babitkan penerima Sinovac
- Bukit Aman minta Najib serah dokumen
- Nakal Betul Mata Semua Ya! Ruhainies Ditegur Ketika Menari TikTok, Netizen Yang Segan [VIDEO]
- Resepi Sambal Goreng Tempe Garing
- Half of Sarawak’s Covid-19 deaths involve fully vaccined
- Latheefa Koya wajar disiasat, terlalu banyak kes penganiayaan politik
- Doktor terlampau dicekup polis
- Susu ‘Full Cream’ Atau Susu ‘Low Fat’, Mana Lagi Bagus? – Apa Kata Pakar
- Najib hantar surat tuntutan kepada Muhyiddin
- Mereka memfitnah saya menangkis – Najib
- Apa kelebihan baca ayat “Salaamun Qaulam Mir Rabbir Rahim” 3 kali?
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.