PM rasmi karnival kerjaya tawar lebih 5,000 jawatan kosong

PONTIAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad melancarkan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia di sini, yang menawarkan lebih 5,000 jawatan kosong.

Karnival kerjaya itu diadakan sebagai usaha Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menawarkan peluang pekerjaan secara langsung kepada orang ramai, khususnya di daerah Pontian dan kawasan sekitarnya.

Selain Pontian, karnival kerjaya berkenaan turut diadakan di Johor Bahru dan Mersing, masing-masing pada Khamis dan Sabtu yang dilaksanakan sepenuhnya secara fizikal.Antara jawatan yang ditawarkan para majikan yang menyertai program itu termasuk jurutera, juruteknik, juru ukur bahan, tukang masak, pengurus akaun dan pemasaran, kerani serta perantis.

Perkeso dalam kenyataan menyatakan program berkenaan merupakan sebahagian inisiatif JaminKerja-Insentif Penggajian (JKIP), salah satu daripada tiga komponen di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2022.

Kenyataan itu menyebut dengan peruntukan RM2 bilion, JKIP bermatlamat merangsang majikan mencipta pekerjaan dan membuat pengambilan pekerja baharu dengan sasaran 300,000 pekerja sepanjang tahun ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mahathir: Najib Bogel Bogel Bogel

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker