Tak perlu bentang usul undi percaya: Pas

Tak perlu bentang usul undi percaya: Pas . Pas berpandangan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu dibentang di Parlimen.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, perkara itu dilihat berasaskan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan kuasa melantik Perdana Menteri di bawah Yang di-Pertuan Agong.

Jelas beliau, perkara itu juga jelas mengikut pandangan pakar undang-undang.

“Apabila kuasa melantik Perdana Menteri merupakan bidang kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong maka sepatutnya tak perlu ada undi percaya. Pendirian saya sepatutnya begitu,” katanya ringkas kepada pemberita selepas hadir menyampaikan Bantuan Musa’adah Banjir di Dewan Orang Ramai Matang Gelugor, Matang, di sini pada Ahad.

Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen Kk-14 yang dipinda ke tarikh 13 September hingga 12 Oktober depan selama 17 hari memperlihatkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri tiada dalam aturan persidangan.

Pada Sabtu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dalam kenyataannya menjelaskan memandangkan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan, maka tidak perlu undi percaya di Dewan Rakyat.

Beliau berhujah, undi percaya Perdana Menteri boleh menjejaskan kuasa Agong.

Ahli Parlimen DAP antara yang lantang mempersoalkan mengapa usul undi percaya terhadap Perdana Menteri tiada dalam jadual persidangan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan, tidak ada sebarang alasan bagi penundaan sidang Parlimen dari 6 kepada 13 September jika usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak ada dalam agenda atau kertas aturan Dewan Rakyat.

Tak perlu bentang usul undi percaya: Pas

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hisham panggil 3 menteri bincang longgarkan SOP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker