Segerakan proses kelulusan geran, bantuan untuk PKS digital

Segerakan proses kelulusan geran, bantuan untuk PKS digital. Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) diminta supaya menyegerakan proses meluluskan geran dan bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digital.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter rasminya pada Selasa menyatakan, lebih RM40 juta yang diperuntukkan bagi tujuan tersebut perlu diluluskan tahun ini.

“Saya tekankan supaya setiap permohonan mesti diproses dan dibuat keputusan dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari,” katanya.

MDEC, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, antara lain merupakan pengurus program untuk Geran Automasi Pintar (SAG), geran sepadan yang bertujuan membantu PKS dalam industri perkhidmatan untuk meningkatkan dan menambah baik perniagaan melalui digitalisasi. – Bernama



Segerakan proses kelulusan geran, bantuan untuk PKS digital


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Hisham panggil 3 menteri bincang longgarkan SOP

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker