Segerakan proses kelulusan geran, bantuan untuk PKS digital
Segerakan proses kelulusan geran, bantuan untuk PKS digital. Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) diminta supaya menyegerakan proses meluluskan geran dan bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digital.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter rasminya pada Selasa menyatakan, lebih RM40 juta yang diperuntukkan bagi tujuan tersebut perlu diluluskan tahun ini.
Saya meminta MDEC menyegerakan proses meluluskan geran & bantuan kepada PKS digital. Lebih RM 40 juta yang diperuntukkan mesti diluluskan dalam tahun ini juga. Saya tekankan supaya setiap permohonan mesti diproses & dibuat keputusan dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari.
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) September 7, 2021
“Saya tekankan supaya setiap permohonan mesti diproses dan dibuat keputusan dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari,” katanya.
MDEC, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, antara lain merupakan pengurus program untuk Geran Automasi Pintar (SAG), geran sepadan yang bertujuan membantu PKS dalam industri perkhidmatan untuk meningkatkan dan menambah baik perniagaan melalui digitalisasi. – Bernama
Segerakan proses kelulusan geran, bantuan untuk PKS digital
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Ditaja Sugar Daddy, Farahdhiya tampil jawab
- Buka sekolah untuk calon peperiksaan saja
- 116 NGO kecewa Muhyiddin dilantik semula, tuntut penstrukturan semula MPN
- Kejatuhan perkhidmatan awam mula ketika Mahathir jadi PM – bekas diplomat
- Idris jawab Siti Kassim: Jam tangan Buruj, bukan Rolex
- UMNO sudah ingatkan jangan hidupkan PN 2.0
- 10 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang Latif Romly
- Resepi Talam Ubi Kayu Sukatan Cawan
- Guru wanita rogol remaja lelaki sebanyak tiga kali
- Perang rasuah Mahathir sebenarnya cuma kempen terhadap Umno
- Lebih banyak bantuan untuk rakyat selepas BKC – PM Ismail Sabri
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.