Kanak-kanak 6 tahun hilang ditemui lemas dalam lombong
Kanak-kanak 6 tahun hilang ditemui lemas dalam lombong
GOPENG – Kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan perumahannya di Taman Kinta Baru di sini sejak petang Isnin ditemui meninggal dunia dipercayai akibat lemas dalam sebuah lombong.
Muhammad Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid yang mengalami masalah hyper aktif, kurang pendengaran dan tidak boleh bercakap ditemukan pada jam 9.45 pagi pada Selasa kira-kira 80 meter dari rumahnya.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, pasukan operasi mencari dari Balai Polis Gopeng telah menemui mangsa dalam keadaan terapung di tepi sebuah lombong.
Mayat mangsa dibawa naik oleh anggota bomba dan pemeriksaan awal pada fizikal mangsa mendapati tiada tanda menunjukkan unsur jenayah, katanya.
Menurutnya, pengecaman mayat telah dibuat oleh keluarga mangsa sebelum dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Sinar
Kanak-kanak 6 tahun hilang ditemui lemas dalam lombong
Baca Artikel Menarik :
- Ditaja Sugar Daddy, Farahdhiya tampil jawab
- Buka sekolah untuk calon peperiksaan saja
- 116 NGO kecewa Muhyiddin dilantik semula, tuntut penstrukturan semula MPN
- Kejatuhan perkhidmatan awam mula ketika Mahathir jadi PM – bekas diplomat
- Idris jawab Siti Kassim: Jam tangan Buruj, bukan Rolex
- UMNO sudah ingatkan jangan hidupkan PN 2.0
- 10 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang Latif Romly
- Resepi Talam Ubi Kayu Sukatan Cawan
- Guru wanita rogol remaja lelaki sebanyak tiga kali
- Perang rasuah Mahathir sebenarnya cuma kempen terhadap Umno
- Lebih banyak bantuan untuk rakyat selepas BKC – PM Ismail Sabri
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.