Nelydia Senrose buka tudung ketika bercuti Bali?

Nelydia Senrose buka tudung ketika bercuti Bali?

Selepas enam bulan berhijab penuh pelakon Nelydia Senrose membikin kejutan apabila dilihat membuka tudungnya ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Difahamkan, pelakon drama Khilaf Asmara itu kini sedang bercuti di pulau peranginan terkenal itu bersama ahli keluarga, termasuk suaminya, Mohd. Hafez Halimi Abdul Hamid.



Menerusi beberapa keping gambar dan video yang dikongsikan sebuah akaun Instagram, Nelydia dilihat sedang bersantai dengan ahli keluarganya tanpa mengenakan tudung.

Nelydia kelihatan tidak lagi mengenakan hijab sewaktu bercuti di Bali.
Terdahulu, Nelydia mula berhijab selepas pulang daripada mengerjakan umrah sekitar enam bulan lalu.

Malah, imej bertudung Nelydia mendapat pujian ramai, termasuk ketika dia bercuti di Timur Tengah baru-baru ini.

Biarpun sudah mula berhijab, Nelydia enggan terlalu terburu-buru untuk memberi pengesahan bahawa telah bertudung sepenuhnya.



Akui Nelydia, dia sememangnya mahu ke arah itu (bertudung) tetapi tidak mahu bercakap lebih mengenainya.

Sebelum ini, kakaknya, aktres Uqasha Senrose menerima kecaman hebat apabila bertindak membuka tudung selepas tiga tahun berhijab. K Online

Nelydia Senrose buka tudung ketika bercuti Bali?


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]



Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker