Apa bantuan PH kepada rakyat ketika pandemik?

Apa bantuan PH kepada rakyat ketika pandemik?

KENYATAAN Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 28 Ogos lalu bertajuk Macam almari yang tiada berubah diselar dan tidak dipersetujui oleh ahli akar umbi UMNO.

Ini kerana Anwar perlu sedar dan mengingati semula pertama kali virus Covid-19 menular ke negara ini adalah pada Februari 2020 yang ketika itu di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Harapan (PH).

Ketika itu, kerajaan PH hanya mampu membantu rakyat melalui pakej rangsangan ekonomi yang jumlahnya tidak sampai RM25 billion seperti yang diumumkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Bayangkanlah pakej itu jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan jumlah hampir RM400 billion ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dalam membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Jika dilihat semula, adakah pakej rangsangan berjumlah RM25 billion itu satu program pelaksanaan yang mantap dan berkesan bagi menangani masalah serta azab Covid-19?

AKAR UMBI UMNO, Kuala Lumpur

Apa bantuan PH kepada rakyat ketika pandemik?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker