Diperkosa Abang Kandung Sendiri Durjana Kaki Porno Tinggal Kesan Trauma Padanya

Diperkosa Abang Kandung Sendiri Durjana Kaki Porno Tinggal Kesan Trauma Padanya

PERCERAIAN merupakan suatu yang sangat pahit untuk ditelan terutama anak-anak apabila harus berpisah kasih sama ada dengan bapa atau ibu serta membesar dalam suasana keluarga yang berpecah belah.

Demikian situasi yang terpaksa ditempuh oleh Zeti, 28, (bukan nama sebenar) apabila ibu dan bapanya bercerai ketika dia berusia lapan tahun.

Ekoran perceraian tersebut, Zeti dan abang sulungnya diletakkan di bawah jagaan bapa di kampung di sebuah negeri di Pantai Timur, manakala dua lagi adik-beradik diserahkan kepada ibu yang tinggal jauh di Kuala Lumpur.

“Pada waktu itu, saya masih mentah dan tidak mengerti mengapa kami sekeluarga harus berpisah sehingga rasa sedih berpanjangan apabila teringatkan ibu dan adik-beradik lain.

PERISTIWA yang terjadi telah mengubah jalan hidup Zeti menjadi cukup memeritkan sehingga terlalu sukar untuk memaafkan abangnya.

“Kami berdua tidak mendapat perhatian sepenuhnya daripada kedua-dua orang tua kerana ayah sibuk bekerja dan mama (ibu) pula tinggal jauh di ibu kota,” ujar anak ketiga daripada empat beradik itu memulakan bicara.

Di kampung, Zeti tinggal bersama bapa, nenek dan abang sulungnya dalam suasana yang agak selesa tetapi kurang perhatian ekoran bapanya sangat jarang ada di rumah dek kesibukan kerja.

Bukan sahaja kekurangan kasih sayang, Zeti juga menyimpan kisah hitam yang mengubah perjalanan hidupnya menjadi memeritkan.

“Pada usia 13 tahun, saya telah dirogol oleh abang sendiri yang merupakan seorang kaki porno.

“Abang saya yang berusia 16 tahun suka menonton pornografi tetapi orang tua kami tidak mengetahui mengenainya,” terang wanita itu yang mempunyai jurang usia tiga tahun dengan abangnya.

Jelas Zeti, perbuatan terkutuk abang kandungnya itu terhadap dirinya tidak diketahui bapa mahupun nenek kerana dia terlalu takut untuk memberitahu mereka.

 

ABANG kandung Zeti yang berusia tiga tahun lebih tua daripadanya sangat kemaruk menonton video-video lucah sehingga Zeti menjadi mangsa untuk melampiaskan nafsu rakus abangnya.–  GAMBAR HIASAN

Pada masa sama, dia juga buntu untuk berbuat apa-apa bagi mempertahankan maruah dirinya.

Si abang itu terus melakukan perbuatan terkutuk tersebut sebaik sahaja mendapat peluang terutama ketika bapa mereka tiada di rumah kerana tugasan luar.

“Saya cuba untuk memberitahu hal ini kepada mama tetapi hubungan kami agak renggang sejak mama berkahwin baharu dan dia sibuk menguruskan bayinya.

“Tidak tahan dengan perbuatan tersebut, saya memberanikan diri untuk memberitahu ayah dan dia meminta agar perkara ini dirahsiakan demi menjaga nama baik keluarga serta khuatir akan menjejaskan masa hadapan abang yang masih muda,” tuturnya yang kini merupakan seorang penjawat awam.

Sehubungan itu, bapanya meminta Zeti untuk tinggal di asrama bagi mengelakkan kejadian tersebut terus berulang.

Sejak tinggal di asrama, Zeti berasa lebih tenang kerana jauh daripada abangnya yang kemaruk porno.

Walaupun peristiwa itu telah berlaku 15 tahun lalu tetapi trauma yang dipendam oleh Zeti menyebabkan dia takut untuk berhadapan dengan kaum Adam serta sukar mempercayai mereka.

Perbuatan jijik si abang itu meninggalkan luka yang sangat dalam dan sehingga kini dia tidak mampu untuk memaafkannya.

“Peristiwa yang saya lalui itu sangat perit dan berat sehingga tidak mampu untuk meluahkannya dengan kata-kata.

“Walaupun abang telah meninggal dunia setahun yang lalu kerana kemalangan jalan raya tetapi saya masih tidak dapat memaafkannya,” tuturnya.

Pesan Zeti kepada mereka yang mengalami nasib serupa dengannya agar berani menyuarakan hal tersebut supaya perbuatan keji itu dapat segera dihentikan.-KO

Diperkosa Abang Kandung Sendiri Durjana Kaki Porno Tinggal Kesan Trauma Padanya


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jaguh badminton paralimpik menang emas kedua negara

Patin Muncung Pupus Disebabkan El Nino

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker