Cemas hingga pandu kereta masuk lobi hospital

Tangkap layar sebuah kenderaan yang dipandu masuk ke lobi Jabatan Kecemasan dan Trauma HRPB yang dirakam orang awam semalam.

Cemas hingga pandu kereta masuk lobi hospital. Rakaman video memaparkan seorang lelaki memandu keretanya sehingga masuk ke lobi Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam menarik perhatian ramai sehingga tular di pelbagai platform media sosial.

Video berdurasi 54 saat itu menunjukkan situasi kecoh seorang lelaki menjerit-jerit sebelum seorang lagi lelaki dalam keadaan lemah dibawa keluar dari kereta jenis Perodua Kelisa untuk rawatan di hospital berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian pada pukul 11.30 malam itu berlaku kerana pemandunya panik dan cemas semasa membawa bapanya yang diserang sakit jantung sebelum dia keluar dan menjerit meminta bantuan pihak hospital.

“Pemandu telah ditenangkan dan diminta oleh petugas hospital untuk mengalihkan keretanya ke bahagian tempat letak kenderaan awam dan bapanya telah diberikan rawatan dan dimasukkan ke dalam wad,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kejadian itu tidak melibatkan sebarang perlanggaran, kecederaan mahupun kerosakan harta awam dan pihaknya juga tidak menerima laporan polis daripada mana-mana pihak.

Cemas hingga pandu kereta masuk lobi hospital

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Rasa Puas Bila Dapat Tembak Komunis’-Bekas Renjer ATM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker