‘Rasa Puas Bila Dapat Tembak Komunis’-Bekas Renjer ATM

‘Rasa Puas Bila Dapat Tembak Komunis’-Bekas Renjer ATM

Demikian tegas bekas Renjer Batalion Ketiga, Sarjan (B) Karim Wagiman, 70, dari Rejimen Renjer Ang­katan Tentera Malaysia (ATM) mengimbau kisah 48 tahun lalu ketika menyertai skuad 3 Renjer di hutan belantara No­nukan, Sarawak.

Ketika itu, dia merupakan anggota renjer termuda dalam skuad tersebut yang ditugaskan mem­buru pengganas komunis di hutan bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia.

Anak keempat dari tujuh beradik itu berjaya membuktikan darah mudanya tidakgentar untuk memerangi musuh negara ketika itu.

Berbekalkan latihan keras selama tiga bulan, Karim berjaya memasuki pasukan ATM dalam unit Renjer berpengkalan di Taiping, Perak.

“Ketika bertugas dalam hutan di kawasan Nonukan, Sarawak, saya ditugaskan di barisan hadapan sebagai skuad pengesan,’’ katanya ketika ditemui di rumah­nya di Kampung Bendahara di sini baru-baru ini.

“Rasa puas apabila berjaya menembak komunis yang menjadi musuh negara,” katanya.

Anak kelahiran Pontian itu pernah mengikuti beberapa operasi di dalam hutan di Semenanjung, tetapi operasi di Sarawak merupakan tugasan pertamanya bertempur dengan komunis dalam usia 23 tahun.

Kini, semuanya tinggal kena­ngan yang sukar untuk dilupakan selama 21 tahun berkhidmat sebagai anggota renjer.

Sepanjang berada dalam pasukan renjer, Karim bukan setakat pandai bermain senjata, malah mahir bermain gitar dan berjaya menubuhkan kurigan dalam kalangan anggota renjer sehingga mendapat undangan membuat persembahan dalam majlis keramaian ATM.

Setelah bersara, dia kini bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dengan menjadi Pengerusi Rukun Tetangga Kampung Bendahara, Pengerusi Masjid Ubudiyah juga bertindak sebagai muazin dan tenaga pengajar bacaan berzanji.-KO

‘Rasa Puas Bila Dapat Tembak Komunis’-Bekas Renjer ATM


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kes masih tinggi, jangan tergesa-gesa umumkan endemik

Lupa kunci rumah, lelaki panjat pangsapuri 14 tingkat [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker