Pengacara televisyen dikecam minta tetamu tunjuk cara perkosa wanita [VIDEO]
Pengacara televisyen dikecam minta tetamu tunjuk cara perkosa wanita.
YAMOUSSOUKRO, IVORY COAST – Seorang pengacara sebuah stesen penyiaran swasta di Ivory Coast digantung tugas selama 30 hari selepas meminta tetamu rancangannya yang merupakan seorang pesalah kes rogol menunjukkan cara-cara merogol wanita menggunakan patung sebagai ganti, lapor stesen penyiaran CNN semalam.
Yves de Mbella yang merupakan seorang pengacara popular bersama stesen televisyen Nouvelle Chaine Ivoirienne menjemput seorang lelaki yang disabitkan jenayah rogol dalam sebuah rancangan kendaliannya.
Dalam segmen tersebut, de Mbella meminta tetamu itu menunjukkan cara-cara dia merogol wanita menggunakan sebuah patung.
Tidak cukup dengan itu, de Mbella turut membantu lelaki terbabit untuk membetulkan kedudukan patung tersebut dan bertanya soalan bagaimana dia memilih mangsanya, sama ada wanita kurus atau gempal.
Dia turut bertanya sama ada mangsa-mangsa perogol itu ‘menikmati’ kejadian rogol tersebut.
https://www.youtube.com/watch?v=ShhVuCdW1io
Tindakan de Mbella menimbulkan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial di seluruh Ivory Coast serta rantau Afrika Barat dan Tengah.
Sebuah suruhanjaya komunikasi bebas di Ivory Coast berkata, de Mbella digantung tugas kerana didapati menggunakan bahasa yang tidak sopan, membiarkan aktiviti rogol berlaku dan mencalarkan maruah wanita.
“Saya meminta maaf seikhlasnya kerana mengejutkan orang ramai ketika cuba untuk meningkatkan kesedaran (mengenai jenayah rogol). Saya telah membuat kesilapan.
“Saya meminta maaf atas semua yang saya telah saya perkatakan atau lakukan ketika program tersebut yang menyinggung perasaan ramai.
“Saya memohon maaf kepada semua mangsa rogol,” katanya dalam satu permohonan maaf.
Sementara itu, stesen televisyen Nouvelle Chaine Ivoirienne turut memohon maaf atas insiden tersebut dan telah membatalkan episod akhir program berkenaan yang dijadualkan diterbitkan pada esok. – Agensi
Pengacara televisyen dikecam minta tetamu tunjuk cara perkosa wanita
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Petugas bertempiaran lari, pemandu ‘gila’ rempuh khemah SJR
- Angkara khianat, surau dikotori najis, kitab suci dikoyak
- Ezurin Seksi Depan Anak, Ini Responnya
- Papagomo digantung enam tahun
- Potong Rambut Gaya al-Qaza’, Haram Hukumnya?
- Tolak Vaksin, Anak Ellie Buat Laporan Polis
- TMJ Ditanya Alasan Tak ‘Posting’ Pasal Hari Kemerdekaan..Ini Jawapannya…
- Resepi Sotong Cili Padi Petai
- Pendakwaan gagal lagi lucutkan hak Umno pada dana RM192j
- Parodi PKP, Azman Naim dapat tawaran menyanyi dan berlakon
- ‘Kami Sekadar Hanya Mandi Kerbau’
Layari Laman Facebook MYKMU
Kerajaan pusat tak setuju nyah warta hutan simpan Kuala Langat
You must be logged in to post a comment.