Kanak-kanak Afghanistan maut makan cendawan beracun

Kanak-kanak Afghanistan maut makan cendawan beracun

Warsaw: Seorang budak lelaki berusia lima tahun yang dibawa keluar dari Kabul selepas pejuang Taliban mengambil alih Afghanistan, meninggal dunia di Poland selepas dipercayai kerana memakan cendawan beracun.

Abangnya berusia enam tahun pula hampir maut.

Dua kanak-kanak itu tiba di Poland bersama keluarga mereka pada 23 Ogos lalu dan dikuarantin di pusat penempatan pelarian di bandar Podkowa Lesna berhampiran Warsaw.

Kedua-dua kanak-kanak itu dipercayai makan cendawan berkenaan sehari selepas tiba di Poland.

“Kematian disahkan hari ini,” kata Jaroslaw Kierkus doktor di Children’s Memorial Health Institute, Warsaw.

The Children's Memorial Health Institute in Warsaw, Poland - 27 Mar 2020 PIC/EPA-EFE/Shutterstock

Katanya, abang kanak-kanak itu menjalani pemindahan hati awal minggu ini namun, prognosisnya dilaporkan tidak berapa baik.

Pejabat Warga Asing, yang mengendalikan pusat pelarian di Poland berkata, sebelum ini terdapat lima individu mendapatkan rawatan selepas mengalami sakit perut namun, tidak memaklumkan yang mereka ada memakan cendawan.

Jurucakap Pejabat Warga Asing, Jakub Dudziak berkata, pihaknya menafikan laporan bahawa kedua-dua kanak-kanak itu memakan cendawan kerana tidak diberikan makanan secukupnya di pusat penempatan berkenaan.

“Mereka diberi makan tiga kali sehari, dengan makanan yang pelbagai mengikut kiraan kalori yang bersesuaian termasuk produk tenusu, daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan minuman,” katanya.

Portal berita The Hindu melaporkan bahawa bapa kanak-kanak berkenaan adalah seorang akauntan yang bekerja dengan tentera Britain.

Selepas Taliban mengambil alih Afghanistan, keluarga berkenaan dibawa keluar oleh tentera Poland atas permintaan Britain.

Poland membawa keluar 1,231 individu dari Afghanistan.

Kanak-kanak Afghanistan maut makan cendawan beracun


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Speaker nafi tolak 15 usul untuk beliau kosongkan jawatannya

Mohon berikan bantuan sama rata

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker