Bertuah Badan..Wanita Positif Covid-19 Dapat Naik Jet Peribadi

Bertuah Badan..Wanita Positif Covid-19 Dapat Naik Jet Peribadi

Mungkin wanita New Jersey, Amerika Syarikat ini dianggap bertuah kerana menikmati kemudahan jet peribadi mewah secara percuma.

Menurut Requel Pires, 25, dari Cranford, dia tidak menyangka impiannya menaiki jet peribadi tercapai.



Namun, ia hanya kerana dijangkiti Covid-19 ketika percutian di luar negara.

Katanya, segalanya bermula apabila dia bercuti bersama rakannya di sebuah resort lima bintang di Bahamas, awal bulan lalu.

“Kami menikmati lima hari percutian dengan gembira di tepi pantai.

“Namun, kami diminta sekali lagi membuat ujian saringan Covid-19 sebagai syarat menaiki pesawat pulang.



“Sejam selepas ujian, saya disahkan positif dan diarahkan kuarantin dalam sebuah bilik khas,” katanya dalam New York Post.

Menurutnya, pusat peranginan itu memberikan pilihan kepadanya menetap di situ selama 14 hari atau sehingga ujian negatif dengan kos penginapan ditanggung sendiri kira-kira AS$140 (RM581) semalam.

Namun katanya, kerajaan Bahamas memberikan pilihan lain dengan menanggung kos penerbangan menggunakan jet peribadi perubatan berikutan dia juga pesakit Covid-19 berisiko kerana mempunyai kencing manis tahap satu.



Tanpa kemudahan itu, Pires mungkin perlu mengeluarkan belanja sendiri AS$45,000 (RM186,638) untuk penerbangan berkenaan.

Kemudahan itu dikendalikan Covac Global yang mengubah jet dan helikopter kepada ambulans udara lengkap dengan unit rawatan rapi untuk pesakit Covid-19 paling serius.

Sementara itu, bagi Covac Global inisiatif berkenaan unik kerana pelancong dijangkiti Covid-19 mendapat rawatan daripada anggota perubatan terlatih ketika penerbangan ke negara asal tanpa perlu ke hospital tempatan.

Bertuah Badan..Wanita Positif Covid-19 Dapat Naik Jet Peribadi




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Speaker nafi tolak 15 usul untuk beliau kosongkan jawatannya

Mohon berikan bantuan sama rata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker