Bersatu Kota Bharu serah kes bunuh pengawal kepada polis

Bersatu Kota Bharu serah kes bunuh pengawal kepada polis

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Bharu menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menyelesaikan kes kematian seorang pengawal keselamatan yang diserang ketika sedang bertugas di kolam renang di sebuah kondominium di Ipoh, Perak.

Ketua Bahagian Bersatu Kota Bharu, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, pihaknya berpegang teguh dengan kedaulatan undang-undang dan tidak akan mencampuri urusan pihak berkuasa.



Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, kes berkenaan dalam proses mahkamah menyebabkan tidak boleh ada sebarang kenyataan dikeluarkan.

“Kami tidak akan terlibat atau campur tangan sebaliknya menyerahkan semua kepada pihak polis.

“Kepada ‘keyboard warrior’ pula jangan terlalu taksub tularkan perkara sebegini,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Bersatu Kota Bharu di Panji, di sini, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu tular di media sosial yang mengaitkan tertuduh dalam kes berkenaan dengan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Kota Bharu.



Mohamed Farid menjelaskan, ada kekeliruan mengenai perkara berkenaan iaitu jawatan tersebut sebenarnya disandang oleh individu lain yang berbeza iaitu Mohd Ekhwan Mohd Hatta, 35, sejak tahun lalu.

“Tertuduh yang didakwa berkaitan dengan kes berkenaan pula merupakan ahli Bersatu Perak, bukan Kota Bharu. Memang dia ada bertanding pada pemilihan Ketua Armada Bersatu Kota Bharu pada tahun lalu namun kalah.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan polis mengklasifikasikan semula kes seorang pengawal keselamatan yang diserang ketika sedang bertugas di kolam renang sebuah kondominium di Ipoh, Perak, pada Disember tahun lalu, sebagai kes bunuh selepas mangsa meninggal dunia pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa pengsan dan cedera di bahagian belakang kepala sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan meninggal dunia di rumahnya.



Laporan bedah siasat oleh pihak HRPB mengesahkan mangsa mati akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Insiden tercetus dipercayai akibat suspek yang tidak berpuas hati terhadap mangsa kerana cuba menghalang anaknya daripada menggunakan kolam renang yang ditutup kepada orang ramai ketika itu.

Rakaman video kejadian kembali ditularkan ahli keluarganya setelah kematian mangsa. Sinar

Bersatu Kota Bharu serah kes bunuh pengawal kepada polis




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker