Wei Lun ke final, perak Paralimpik dalam genggaman

Wei Lun ke final, perak Paralimpik dalam genggaman

Atlet Boccia negara, Chew Wei Lun terus melakar magis apabila mara ke final acara individu BC1 Sukan Paralimpik Tokyo 2020, esok.

Wei Lun yang diberi julukan ‘pembunuh senyap Malaysia’ oleh ketua kontinjen, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin itu menewaskan lawan dari Portugal, Andre Ramos dengan keputusan 9-5 di separuh akhir, sebentar tadi.

Kejayaan mara ke final itu menyaksikan pingat perak sudah berada dalam genggaman atlet kelahiran Johor itu, tetapi dia sudah tentu mahu melakar sejarah memenangi emas.

Di pentas final yang berlangsung di Pusat Gimnastik Ariake esok, Wei Lun, 26, dijadual bertemu juara bertahan dari Great Britain, David Smith yang menewaskan pemain Brazil, Jose Carlos Chagas de Oliveira, 7-4 di satu lagi aksi separuh akhir.

Sebelum itu, Wei Lun melebarkan sayap penguasaannya di Tokyo apabila mudah mengenepikan pemain China Zhang Qi dengan keputusan 4-2 di suku akhir.

Kemenangan di suku akhir itu adalah yang kelima berturut-turut buat Wei Lun selepas mencatat rekod tanpa kalah dalam saingan peringkat Kumpulan B yang turut disertai pemenang pingat emas Sukan Para Asia 2018 dari Thailand, Witsanu Huadpradit.

Untuk rekod, ini adalah penampilan sulung Wei Lun di temasya Paralimpik dan penyertaan pertama Malaysia dalam sukan ini.

Sebelum temasya Tokyo bermula, Wei Lun yang juga pemain ke-11 dunia dan pemain lelaki kelima terbaik Asia, hanya meletak sasaran untuk mara ke suku akhir. BH

Wei Lun ke final, perak Paralimpik dalam genggaman


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker