Nyahwarta hutan simpanan, Anwar gagal nasihat MB parti sendiri

Nyahwarta hutan simpanan, Anwar gagal nasihat MB parti sendiri

Kumpulan penyokong Anwar Ibrahim, Otai Reformis dan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Alam Sekitar (COEN) melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan keputusan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang telah bersetuju menyahwartakan 536.7ha Hutan Simpan Kuala Langat Utara (KLNFR) untuk dibangunkan.

Setiausahanya, Abdul Razak Ismail berkata kelulusan itu seolah-olah kerajaan negeri tidak mengambil serius bantahan lebih 50,000 rakyat termasuk masyarakat tempatan, Orang Asli dan NGO alam sekitar.



Mereka juga kesal apabila keputusan yang dibuat sidang Dewan Negeri November tahun lalu untuk mempertahankan hutan simpan itu dilanggar.

“Otai kesal kerana pada sidang Dewan Negeri November tahun lepas, dewan telah meluluskan usul untuk pertahankan hutan simpan tersebut secara sebulat suara tanpa sebarang bantahan.

“Keputusan kerajaan Selangor ini telah menafikan suara dan inspirasi rakyat Selangor yang prihatin dengan penjagaan hutan dan alam sekitar,” katanya kepada FMT.

Kumpulan itu juga, turut meluahkan rasa kecewa dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim kerana gagal menasihatkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dari parti sendiri untuk menghalang nyahwarta hutan tersebut.



“Otai dan COEN telah menulis ‘surat rayuan’ untuk mendapatkan campur tangan Anwar pada April untuk menghalang nyahwarta tersebut tapi nampaknya Anwar ‘gagal untuk menasihati’ menteri besar dari partinya untuk lebih prihatin dengan desakan pelbagai pihak untuk menghalang nyahwarta hutan tersebut.

“Otai beranggapan menteri besar sedang bermain dengan api kemarahan rakyat Selangor dan kegagalan serta kelemahan Anwar untuk ‘bertindak tegas’ terhadap MB Selangor dari partinya sendiri memperjelaskan mengapa PH gagal mendapat ‘command majority’ dalam beberapa usaha menawan semula Putrajaya,” katanya.

Razak turut mendakwa berdasarkan maklumat diterima pihaknya tanah tersebut telah diserahkan kepada sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 2 Nov 2020 dengan modal berbayar (paid-up capital) sebanyak RM1.00 sahaja.

“Otai berpandangan bahawa syarikat ini adalah syarikat ‘proxy’ (sebuah ‘syarikat tersedia’) sahaja kerana semakan seterusnya didapati bahawa syarikat induk syarikat ini adalah sebuah syarikat balak terbesar di Asia berpengkalan di Sarawak,” katanya.



Exco Alam Sekitar, Hee Loy Sian semalam berkata, kerajaan Selangor bersetuju menyahwartakan 536.7ha Hutan Simpan Kuala Langat Utara (KLNFR) untuk dibangunkan.

Katanya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco pada 5 Mei lalu berdasarkan Seksyen 12 Akta Perhutanan Negara 1984.

Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang diwartakan pada 13 Mei 1927, terletak di mukim Tanjung 12, daerah Kuala Langat mula menjadi perhatian umum susulan notis penyiasatan awam di bawah Seksyen 11 Akta Perhutanan Negara Enakmen (Pemakaian) 1985 (Subkaedah 7(2)) oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada awal tahun lalu.

Malah usaha untuk membangunkan tanah kawasan tersebut dibantah hebat NGO alam sekitar dan masyarakat Orang Asli. FMT



Nyahwarta hutan simpanan, Anwar gagal nasihat MB parti sendiri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker