Makan roti cicah air bah, pemuda dikecam

Makan roti cicah air bah, pemuda dikecam

Tragedi banjir yang melanda beberapa negeri kini mengundang simpati seluruh rakyat Malaysia.

Lebih menyayat hati, ada juga yang melibatkan kes-kes kematian sejak ia dilaporkan.

Namun lain pula kisah dua pemuda mangsa banjir dipercayai di Kuala Besut, Kelantan, yang dikecam selepas bertindak mencicah roti dengan air banjir lalu disuap ke mulut masing-masing.

Mereka dilihat berkelakuan demikian tanpa sedikit pun perasaan geli, malah mampu ketawa gembira seolah-olah langsung tidak memikirkan tentang risiko penyakit di kemudian hari.

Video perkongsian Haziemi Haziz di TikTok itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menganggap ia tindakan ‘tidak bijak’, semata-mata untuk mendapatkan bahan kandungan media sosial.

“Lebih baik kunyah roti saja daripada celup dalam air tu. Kena jaga kesihatan air tu dah campur macam-macam, air loji tu sekali,” tegur Mr. Kay.

“Semata-mata untuk content (kandungan). Apa pun smoga dipermudahkn segala urusan dan jaga kesihatan,” kata Liyaa Aziz.

“Sakit perut tak pasal-pasal pula. Agak-agak la,” ujar ulatsagu5.

“Baik-baik la air kotor tu. Pergi PPS kalau tak ada makanan. Saya pun dekat PPS ni antara mangsa banjir di Besut,” kongsi mrsCapri89 pula.

Video tersebut meraih sebanyak 186,700 jumlah tontonan sejak ia dikongsikan semalam. K Online

Makan roti cicah air bah, pemuda dikecam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’

Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker