Wanita cedera parah ditemui terbaring

Wanita cedera parah ditemui terbaring

Seorang wanita ditemui terbaring dengan keadaan parah di lorong kiri Lebuhraya Damansara Puchong menghala ke Shah Alam berdekatan Bangunan Setia Walk petang tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, mangsa difahamkan mempunyai masalah mental dan berlaku perselisihan faham dengan abangnya menyebabkan dia mengalami tekanan dan cuba untuk membunuh diri.

Perselisihan faham itu berpunca kerana mangsa selalu merayau dan menghilangkan dia.

Anbalagan berkata, wanita ini lazimnya mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Teluk Intan, Perak namun datang ke Selangor pada empat bulan yang lalu untuk dijaga oleh abangnya.

Setiap dua minggu mangsa akan mendapatkan suntikan untuk rawatan psikiatri di Klinik Kesihatan Batu 14, Puchong.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mangsa yang berusia 44 tahun itu masih dirawat di Zon Merah Wad Kecemasan Hospital Serdang dan mengalami bengkak mata kiri, kecederaan pada bahagian mulut akibat gigi patah dan bibir mangsa hampir koyak.

Terdapat kesan ruam pada bahagian atas badan dan juga pinggang mangsa dan kaki kiri mangsa disyaki patah.

Pegawai perubatan berpendapat kesan kecederaan mangsa adalah selari dengan kesan akibat terjunan atau jatuh dari tempat tinggi.

Mangsa masih perlu mendapatkan rawatan lanjutan dan keadaan mangsa stabil. MG

Wanita cedera parah ditemui terbaring

Firdaus Wong, Zamri Vinoth difailkan pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker