Perdana Menteri dengarlah ‘suara hati’ rakyat
Perdana Menteri dengarlah ‘suara hati’ rakyat. Rakyat mahu pembangkang menjadi lebih progresif dan bertanggungjawab agar usaha memulihkan semula negara dapat digalas secara bersama.
Mahasiswa daripada Universiti Malaya (UM), Seow Han Lin, 22, mengharapkan pemimpin parti pembangkang dapat membawa suara dan denyut nadi rakyat kepada pihak kerajaan selain bersama-sama merealisasikan konsep ‘Keluarga Malaysia’.
“Harapan saya agar mereka dapat mengemukakan segala pelan perancangan yang akan membawa keuntungan kepada rakyat jelata.
“Pembangkang juga wajar diberikan peluang untuk membincangkan segala pelaksanaan perancangan kerajaan sebelum ia dilaksanakan. Untuk itu pembangkang perlu menjadi progresif dan bertanggungjawab demi negara dan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam pertemuannya dengan pemimpin pembangkang telah mencapai persetujuan bersama untuk memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.
Antara perkara yang dipersetujui ialah kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks Keluarga Malaysia.
Persetujuan berkenaan dicapai pada pertemuan lebih satu jam di antara beliau dengan pimpinan pembangkang itu susulan nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk meredakan suhu politik dalam negara.
Bagi pekerja swasta, Teoh Yee Shen, 30, kedua-dua pihak perlu menghentikan aktiviti ‘politiking’ dan tidak memberi janji kosong kepada rakyat.
“Harapan saya, agar kerjasama antara parti kerajaan dan pembangkang akan menjadi kenyataan,” katanya.
Dalam pada itu, mahasiswa daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Loo Khai Ming, 21, mengalu-alukan penglibatan pembangkang dalam agenda negara dan diharap mengikut semangat demokrasi dan rangka demokrasi berparlimen.
“Kami harus berhati-hati dengan kompromi antara kerajaan dan pembangkang yang tidak memberi sebarang kebaikan kepada rakyat. Ini akan menghakis institusi demokrasi negara kita sahaja,” katanya.
Pekerja swasta, Intan Nor Sazwani Che Ahmad, 26, berpendapat penglibatan pihak pembangkang harus dilihat dari sudut positif untuk merealisasikan satu tujuan iaitu demi kepentingan rakyat.
“Dalam sesuatu pentadbiran perlu ada semak dan imbang dan ini boleh diperoleh melalui pandangan dari beberapa pihak termasuk pembangkang.
“Dengan cara itu akan lebih mudah sesuatu tujuan dapat di bentuk berdasarkan pandangan yang diberikan,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Pemuda Negara Kepong, Pratap Ravichandran, 24, berkata, kesemua parti politik perlu mengetepikan perbezaan agenda dan ideologi politik masing-masing dan menjaga kepentingan rakyat.
“Dalam memastikan agenda kepentingan rakyat terpelihara, kedua-dua pihak wajarlah menerima pandangan semua pihak selaras dengan keperluan rakyat ketika ini dan pada masa yang akan datang.
“Di sini, saya mengharapkan agar semua pihak membuat yang terbaik, terutama dalam usaha membendung pandemik Covid-19 ini,” ujarnya.
Perdana Menteri dengarlah ‘suara hati’ rakyat
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Azalina cadang Timbalan Speaker diberi kepada pembangkang
- Sejak Insiden Hina Kemaluan Bekas Isteri, Pelakon Galih Ginanjar Hilang Hubungan Dengan Anak
- Aming Sempat Pesan Ibu Tutup Aurat Sebelum Meninggal Dunia [VIDEO]
- Peniaga Ayam Golek Curi Ayam Mentah [VIDEO]
- Tak halal dunia akhirat – Amy Search
- Resepi Air Perut Kempis Badan Melentik
- Myvi Langgar Lari Viva Hingga Terbalik Nyaris Langgar Pejalan Kaki [VIDEO]
- Lan Pet Pet kini pembantu peguam
- Negara tanpa pesawat rasmi
- Cubaan lantik Azmin sebagai TPM hanyalah sabotaj kepada Perdana Menteri
- InsyaAllah Kerajaan Baharu Akan Kembalikan Kesejahteraan Rakyat – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU
Kebijaksanaan Agong jayakan gencatan politik Ismail Sabri-PH
You must be logged in to post a comment.