Khairuddin ucap tahniah kepada Zuraida selepas digugurkan

Khairuddin ucap tahniah kepada Zuraida selepas digugurkan

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali yang digugurkan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi mengucapkan tahniah kepada pengantinya, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Beliau berharap negara lebih maju dan berjaya di bawah barisan Kabinet baharu diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Tahniah kepada barisan menteri dan timbalan menteri yang baharu. Tahniah juga kepada Senator Ustaz Idris Ahmad sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Dr Nik Zawawi Saleh sebagai Timbalan Menteri Pertanian.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Tahniah juga kepada Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengambil alih tugas di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Selain Mohd. Khairuddin, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad dan Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof antara nama yang digugurkan daripada dilantik untuk menganggotai Kabinet di bawah kepemimpinan Ismail Sabri.

Zulkifli sebelum ini sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) digantikan oleh Idris yang merupakan Naib Presiden Pas manakala Mohd. Redzuan yang digugurkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) digantikan oleh Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Tugas Mohd Khairuddin sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi digantikan oleh Zuraida.

Khairuddin ucap tahniah kepada Zuraida selepas digugurkan

TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker