Keyakinan pelabur terhadap ringgit semakin pulih

KUALA LUMPUR: Keyakinan terhadap ringgit dijangka pulih, melangkah ke hadapan, didorong oleh sentimen yang semakin baik berikutan peningkatan kadar vaksinasi.

Ketua Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed, berkata unjuran itu berdasarkan beberapa sebab antaranya harga minyak lebih tinggi akan mengukuhkan ringgit, angka eksport dan perdagangan yang positif, nilai ambang kadar vaksinasi mencapai sasaran 80 peratus pada pertengahan Oktober dan mata wang Amerika Syarikat (AS) yang melemah.

“Pada pendapat saya, prospek ringgit kekal stabil dan keyakinan terhadap unit tempatan akan kembali pulih.



“Kami di Juwai IQI mempertahankan pendirian kami terhadap prospek ringgit yang diberikan pada awal tahun ini, ringgit akan berada antara RM3.67 hingga RM4.10 berbanding dolar AS untuk tahun 2021,” katanya kepada Bernama.

Shan berkata, empat hari lalu, dolar AS telah menyusut sekitar 0.6 peratus berbanding mata wang utama lain disebabkan oleh dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) AS yang tidak menentu manakala kadar inflasi akan kekal kukuh di ekonomi AS.

“Sebaliknya, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memainkan peranan penting dalam menjaga kestabilan struktur ringgit walaupun terdapat kelemahan dalam makroekonomi global, ketidaktentuan dalam pasaran ekuiti global, pasaran bon di negara maju serta keadaan geopolitik serantau yang tidak menentu.

“BNM telah mengekalkan pendirian seimbang dalam prospek dasar monetarinya, ia mencerminkan keyakinan bank pusat,” katanya.



Menurut Shan, bank pusat itu telah meningkatkan rizab pertukaran asing kepada AS$111 bilion untuk melindungi daripada turun naik kadar pertukaran ketika Malaysia menghadapi waktu yang sukar.

“Langkah ini telah mendatangkan hasil pada 17 bulan lalu. BNM memainkan peranan penting dalam pengurusan makroekonomi untuk memanfaatkan sistem monetari,” katanya.

Shan berkata, BNM menggunakan langkah taktikal dan strategik untuk dalam penggunaan monetari yang berhemat seiring dengan penawaran dan permintaan dalam pasaran untuk membantu pasaran kewangan.

Beliau berkata, BNM telah terbukti berjaya dalam memastikan kestabilan harga, kestabilan pasaran dan kestabilan pertumbuhan.



“Dua instrumen dasar utama iaitu pelbagai dasar fiskal dan monetari akan terus memainkan peranan penting mereka dalam kerangka dasar ekonomi.

“Gabungan itu sangat penting dalam waktu mencabar ketika ini dan faktor penting bagi meningkatkan keyakinan dalam prospek ekonomi,” katanya.

Keyakinan pelabur terhadap ringgit semakin pulih


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker