Peniaga Ayam Golek Curi Ayam Mentah [VIDEO]
Peniaga Ayam Golek Curi Ayam Mentah [VIDEO]
Tatkala beberapa negeri sudah diberikan kelonggaran untuk melakukan aktiviti perniagaan, ramai orang merebut peluang tersebut bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Namun, lain pula terjadi di negeri Kedah apabila seorang pembekal ayam segar mengalami kerugian apabila ayam-ayamnya dicuri sekitar pukul 4 pagi pada minggu lalu.
Kejadian ‘curi ayam’ itu disedari oleh pembekal ayam segar apabila dia melihat rakaman CCTV dan mendapati ada sebuah Volkswagen Golf GTI meletakkan kereta di hadapan kedainya pada pukul sekitar 3.30 pagi.
Alangkah terkejutnya apabila dia melihat rakaman CCTV dari dalam kedainya pula apabila ada seorang lelaki memanjat masuk ke dalam lalu mencuri stok ayam segar yang disimpan di dalam tong ais.
Namun cerita tersebut tidak terhenti di situ sahaja kerana pencuri-pencuri tersebut dirakam menjalankan perniagaan ayam golek dipercayai di hadapan medan selera Bandar Puteri Jaya di sekitar kawasan Sungai Petani.
Difahamkan bakul-bakul yang digunakan untuk meletakkan ayam segar tersebut turut dicuri daripada pembekal ayam segar dari lokasi lain. Menurut pemilik bakul tersebut, pencuri-pencuri itu sudah lama melakukan kegiatan ‘curi ayam’ di sekitar kawasan Sungai Petani dan kali ini semua aktiviti mereka telah terakam pada CCTV sebagai bukti.
VIDEO DIBAWAH:-
Rata-rata orang ramai mengecam tindakan pencuri tersebut yang menaiki kereta ‘sporty’ import namun mencuri ayam segar milik orang lain untuk dijadikan modal jualan perniagaan ayam golek mereka.
Dengan bukti-bukti yang terakam pada CCTV ini, para netizen berharap kesemua pencuri tersebut akan ditangkap oleh pihak berkuasa dalam masa terdekat dan dikenakan hukuman yang setimpal setelah menyebabkan kerugian kepada pembekal ayam segar yang tidak bersalah-TVC
Peniaga Ayam Golek Curi Ayam Mentah [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Pesakit Covid-19 Tumbuk Jururawat Sebelum Cuba Lari Dari Hospital
- Tunai umrah bersama, rakan baik songlap duit
- Azalina digesa dilantik sebagai Menteri KDN
- Dari Penternak Kambing Ke Laman Rumah Mentua, Kini Mr. Pepper Ada Kilang Sendiri
- Most Eligible Royal Bachelor Of Malaysia
- Azmin as DPM? Mediocrity breeds mediocrity
- Beri peluang Ismail Sabri jadi Menteri Kewangan
- Rakyat nak pembaharuan, nama kerajaan tak penting – Najib
- Sultanah akan beri keterangan dalam saman fitnah
- Resepi Kek Paun Lemon Sedap
- Lantik Azmin sebagai TPM umpama bunuh diri
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.