Model parah diterkam harimau bintang

Model parah diterkam harimau bintang

BERLIN – Seorang model berusia 36 tahun telah diterkam oleh seekor harimau bintang semasa menjalani penggambaran di timur Jerman.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah pusat haiwan di Nebra di negeri Saxony-Anhalt.

Wanita yang digambarkan sebagai seorang pencinta haiwan itu cedera parah di kepala selepas diterkam di dalam kandang yang menempatkan dua ekor harimau bintang, Troy dan Paris.

Pihak berkuasa Burgenland sedang melakukan siasatan apakah yang sebenarnya berlaku.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Media tabloid Jerman Bild mengesahkan mangsa dikenali sebagai Jessica Leidolph.

Setakat ini pemilik rumah berkenaan enggan mengulas kejadian tersebut.

Ketika kejadian kedua-dua ekor haiwan itu digunakan tunjuk penggambaran komersial untuk televisyen plasma.

Pihak berkuasa daerah berkata, Troy dan Paris sudah pun menjalani pemeriksaan keadaan dan tingkah laku serta lokasi penggambaraan pada bulan ini.

Peta, kumpulan hak asasi haiwan mendesak haiwan itu disimpan di tempat yang lebih selamat dan tidak dijadikan bahan eksploitasi untuk keuntungan komersial. MG

Model parah diterkam harimau

Kenapa benci sangat saya – Ayu Ting Ting

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker