Kebijaksanaan Agong jayakan gencatan politik Ismail Sabri-PH

Kebijaksanaan Agong jayakan gencatan politik Ismail Sabri-PH. Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) memuji kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong yang memainkan peranan besar dalam menjayakan perjanjian gencatan politik di antara kerajaan baharu dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ketua-ketua parti dalam Pakatan Harapan (PH) pada Rabu.

Presidennya, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, perkara itu dapat dibuktikan menerusi beberapa titah Yang di-Pertuan Agong sebelum pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, yang acapkali menekankan keperluan semua parti untuk bersatu bagi mewujudkan politik ‘aman dan nyaman’ pada saat negara mendepani tri-krisis terburuk akibat pandemik Covid-19.

Jelas beliau lagi, perjanjian ‘gencatan politik’ antara Ismail Sabri dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga membolehkan kerajaan baharu dapat menubuhkan sebuah barisan menteri kabinet yang tidak terikat dengan sebarang ‘ugutan politik’ pihak tertentu dalam kerajaan itu sendiri.

“Sejujurnya, perkara sebegini yang diidamkan rakyat pada saat krisis, bukannya ahli-ahli politik sibuk menukar Perdana Menteri setiap 10 bulan sekali.

“Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong meminta semua parti politik bersatu untuk mencapai kestabilan politik amat penting supaya rakyat tidak terus terjerumus dalam kesengsaraan hidup akibat krisis Covid-19.

“Secara peribadi, saya berpandangan Seri Paduka Baginda sebenarnya yang memainkan peranan besar dalam menjayakan perjanjian gencatan politik antara kerajaan dan pembangkang dan kebijaksanaan Baginda sendiri turut diakui Anwar sebelum ini,” katanya kepada Sinar Premium pada Khamis.

 

Abdul ziz
Abdul ziz

 

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan bersama ditandatangani Ismail Sabri dan tiga ketua parti dalam PH iaitu Anwar, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memberi jaminan akan mencari titik persamaan terbaik bagi menangani krisis penularan Covid-19 dan ekonomi negara pada Rabu.

Kenyataan itu dibuat setelah Ismail Sabri mengadakan pertemuan selama satu jam dengan tiga pemimpin PH itu di Putrajaya pada petang Rabu.

Pertemuan itu juga membuktikan kata-kata Ismail Sabri dalam ucapan sulungnya selaku Perdana Menteri yang cuba membawa semangat Keluarga Malaysia dan mengajak parti pembangkang untuk bersama-sama membantu kerajaan baharu pimpinannya bagi menangani tri-krisis yang melanda negara.

Sementara itu, Penasihat UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib pula mencadangkan rakyat untuk menolak serta meminggirkan mana-mana pemimpin atau parti politik yang cuba mengganggu gugat kestabilan kerajaan baharu dipimpin Ismail Sabri ketika ini.

Tambah beliau, rakyat kena memerhati dan menulis nama ahli-ahli politik yang bersikap tidak matang serta menjadi pengacau kepada usaha Ismail Sabri untuk membawa perubahan kepada pentadbiran negara.

 

Muhammad
Muhammad

 

“Saya berpendapat Ismail Sabri yang telah dipilih Yang di-Pertuan Agong, hendaklah diberi ruang secukupnya dan jangan ada sesiapa mengganggu beliau sehingga krisis kesihatan, ekonomi dan politik negara berjaya diselesaikan.

“Waktu ini adalah masa kecederaan dengan ahli-ahli politik sepatutnya bersikap matang dan tidak merumitkan lagi keadaan.

“Saya mengajak rakyat untuk memerhati dan menulis nama mana-mana pemimpin atau parti politik yang masih hendak buat kacau, supaya golongan ini ditolak sepenuhnya rakyat pada PRU15, walau apa pun jawatan mereka dalam parti masing-masing,” katanya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong, Zamri Vinoth difailkan pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker