Isteri Pelakon Kerdil Badrol Shah Meninggal Dunia Selepas 45 hari Bertarung Covid 19 -AlFatihah

Isteri Pelakon Kerdil Badrol Shah Meninggal Dunia Selepas 45 hari Bertarung Covid 19 -AlFatihah

SELEPAS 23 hari ditidurkan, isterinya pelakon kerdil Badrol Shah iaitu Farah Sheila Mazlan, 37, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.15 pagi, Khamis akibat positif Covid-19.

Allahyarham yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur menghembuskan nafas terakhir selepas dijangkiti Covid-19 varian Delta pada awal Julai lalu.

Badrol atau nama sebenar Badrol Shah Abdul Manan, 39, berkata, dia sempat membacakan dua kali syahadah untuk isteri tersayang ketika doktor membuat panggilan video sekitar pukul 8 pagi

Pernah berlaku kekeliruan dan salah maklumat tentang status isteri pada 10 Ogos lalu, pelakon berusia 39 tahun berkenaan kali ini reda dengan pemergian Allahyarham.

“Isteri saya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.15 pagi tadi di hospital selepas 23 hari ditidurkan akibat Covid-19. Sekarang ini pihak hospital yang akan uruskan jenazah. Jadi tak pasti lagi akan dikebumikan di mana.

“Mungkin selepas solat Zohor barulah akan kebumikan jenazah arwah isteri saya. Dalam pukul 8 pagi tadi doktor ada buat panggilan video, dan saya sempat membacakan dua kalimah syahadah untuk arwah.

“Kali pertama masa pihak hospital membuat kesilapan mengatakan isteri sudah meninggal itu memang saya tak dapat terima. Tapi kali ini, saya serta seluruh keluarga sudah reda dengan pemergiannya,” ujarnya ketika dihubungi mStar

Terdahulu pelakon filem Busut Bonang itu berkongsi berita sedih mengenai pemergian isterinya yang juga seorang guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat, Kuala Lumpur pada Khamis di Instagram.

Pada 10 Ogos lalu, Badrol memberitahu isterinya sudah meninggal dunia selepas mendapat maklumat daripada pihak hospital.

Namun selang beberapa hari berlaku kesilapan dan kekeliruan apabila doktor memaklumkan isterinya masih hidup namun berada dalam keadaan krtikal selepas ditidurkan pada 2 Ogos lalu

Menerusi laporan mStar pada 12 Ogos lalu, Badrol berkata dia sendiri trauma dengan perkara itu selepas dikejutkan dengan maklumat salah bahawa isterinya sudah meninggal dunia.

Badrol turut menjaga tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama isterinya iaitu Putri Farah Nordina Dania, 12, Putri Farah Nordina Zawana, 11, dan Putri Farah Norhaziqah, 7 tahun-mSTAR

Isteri Pelakon Kerdil Badrol Shah Meninggal Dunia Selepas 45 hari Bertarung Covid 19 -AlFatihah


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Asif Memang Takut Jarum’, Hampir Sejam Pujuk Pelakon Asif Untuk Suntik Vaksin [VIDEO]

Pelakon Allahyarham Benjy Selamat Dikebumikan Dan Keluarga Dapat Tonton Guna Panggilan Video

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker