Syed Hamid Terajui WIEF, Ganti Musa Hitam Bersara

Syed Hamid Terajui WIEF, Ganti Musa Hitam Bersara

Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) mengumumkan persaraan Pengerusinya Tun Musa Hitam berkuat kuasa 1 Ogos, 2021, dalam satu kenyataan.

Musa memegang jawatan tersebut sejak awal penubuhan yayasan itu pada 2006.



Beliau digantikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar.

Musa bagaimanapun akan terus mengetuai Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) WIEF, menurut yayasan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Hamid merupakan bekas Menteri Luar dan pernah menjadi Menteri Undang-undang dan Ahli Parlimen sejak 1990 hingga 2013.

Beliau sebelum ini merupakan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Di bawah kepemimpinan Musa selama 15 tahun, Yayasan WIEF telah menganjurkan 13 forum tahunan di bandar-bandar utama, seperti London, Dubai, Astana, Jakarta, Islamabad, Kuwait dan Kuala Lumpur,” kata WIEF.



“Yayasan turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Musa atas sumbangan dan komitmen perkhidmatan yang tidak ternilai dan bimbingannya selama 15 tahun ini.

“Pelbagai pengalaman dan pandangan global beliau telah memberi kesan positif terhadap pertumbuhan dan kemajuan yayasan pada tahap strategik,” kata kenyataan itu.

Yayasan turut melantik Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman sebagai Setiausaha Agung menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak (Gabenor Pulau Pinang) berkuat kuasa 16 Ogos.

Mohd Radzi adalah diplomat dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri pada akhir perkhidmatan awamnya pada 2013.



 

Syed Hamid Terajui WIEF, Ganti Musa Hitam Bersara


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bintang TikTok maut jatuh bangunan semasa rakam video [VIDEO]



Sudah Lama Berlalu, Chong Wei Enggan Dedah Nama Perasuah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker