PRU15: Selangor kekal tidak bubar DUN tahun ini

PRU15: Selangor kekal tidak bubar DUN tahun ini

Kerajaan Selangor mengekalkan pendirian tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga hujung tahun ini bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari selepas lebih dua jam menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini.



Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata, pihaknya masih kekal dengan keputusan itu selepas menyembah maklum nasihat baginda supaya menyelesaikan terlebih dulu urusan kepada rakyat negeri ini.

“Perbincangan saya bersama Sultan Sharafuddin adalah pertemuan lazim melibatkan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan sebelum pembubaran DUN.

“Ia antaranya berkaitan soal pembangunan, banjir, bajet dan Rancangan Selangor Pertama.

“Maka dengan itu, PH Selangor kekal dengan keputusan tidak membubarkan DUN pada tahun ini,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan istana itu.



Terdahulu, beliau tiba dengan menaiki kenderaan rasmi pukul 10.05 pagi sebelum keluar dari pintu pagar, 12.45 tengah hari tadi.

Jelas Amirudin, Sultan Sharafuddin turut meminta beliau mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak bagi memastikan pilihan raya di Selangor berlangsung dengan lebih efisien.

Beliau yang juga Pengerusi PKR negeri, pihaknya kini memfokuskan kepada pembentangan Bajet Selangor 2023.

“Namun, ia bergantung kepada tarikh pilihan raya umum yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.



“Kita mungkin akan menundakan pembentangan bajet itu selepas selesai pilihan raya kelak,” ujarnya.

Dalam pada itu, kata beliau, kebanyakan calon PH di negeri ini kebanyakannya melibatkan penyandang kerusi kecuali Ampang dan Gombak.

“Mereka lebih berpengalaman dan mempunyai kelebihan di kawasan masing-masing.

“Namun, kita juga akan menampilkan calon muda atau muka baharu untuk menambah variasi atau kekuatan dalam PH dan PKR,” katanya.



Pada 5 Oktober lalu, tiga negeri di bawah PH tidak akan dibubarkan jika pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, keputusan melibatkan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang itu bagi membolehkan pemimpin fokus kepada kebajikan rakyat yang kini menghadapi banjir.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada PRU15.

Beliau mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor mengambil tindakan sewajarnya iaitu membubarkan DUN masing-masing pada tarikh sama. Utusan



PRU15: Selangor kekal tidak bubar DUN tahun ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)



Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker