PrnSarawak: Azizul ikrar teruskan legasi Tok Nan

PrnSarawak: Azizul ikrar teruskan legasi Tok Nan

KUCHING: Calon termuda Gabungan Parti Sarawak (GPS), Azizul Annuar Adenan, 30, berikrar meneruskan legasi ditinggalkan bapanya, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu jika diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12), 18 Disember ini.

Beliau yang dipilih bagi mengisi kekosongan ditinggalkan ibunya, Puan Sri Jamilah Anu yang mengambil keputusan tidak bertanding semula, berkata banyak perkara dirintis arwah ayah dan ibunya perlu beliau laksanakan jika diberi mandat mewakili kawasan itu.



Anak bongsu bekas Ketua Menteri Sarawak itu berterima kepada pucuk pimpinan GPS khususnya Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Abang Openg yang memberi kepercayaan kepadanya.

“Saya juga terharu apabila ibu mengundur diri dan memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada penduduk Tanjung Datu selepas mereka melakukannya sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas menerima watikah calon GPS daripada Abang Johari di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), semalam.

Azizul cukup dikenali di kawasan Tanjung Datu sejak era ayahnya mewakili kawasan itu, kemudian diteruskan ibunya yang dipilih selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2017.

Mengakui berdepan sedikit tekanan selepas diberi kepercayaan mempertahankan kerusi yang menjadi legasi keluarganya itu, beliau bertekad akan melakukan yang terbaik dengan menjadikan pesanan arwah ayahnya sebagai pegangan.



“Allahyarham selalu berpesan, jika hendak buat sesuatu, mestilah bersungguh–sungguh dan itulah yang saya pegang,” katanya yang diangkat sebagai Ketua Pemuda PBB Tanjung Datu pada 2018, sekali gus memberi pendedahan lebih luas kepadanya untuk berkhidmat di kawasan itu.

“Terima kasih kepada akar umbi yang memberi sokongan tidak berbelah bagi sejak ayah mewakili Tanjung Datu bermula 2006 kemudian diteruskan ibu pula. Selepas dipilih sebagai Ketua Pemuda PBB Tanjung Datu, kami merangka visi dan ‘blue print’ untuk terus membangunkan kawasan itu,” katanya.

Menurutnya, ia merangkumi perancangan pembangunan semua sektor meliputi ekonomi, sosial dan infrastruktur.

“Sebagai pewaris kepemimpinan kawasan itu daripada ayah dan ibu, sudah semestinya tanggungjawab yang besar saya pikul untuk menjaga Tanjung Datu yang lebih besar dari Negeri Sembilan. Banyak lagi harus dilakukan, khususnya bagi melonjakkan Tanjung Datu sebagai destinasi pelancongan utama di selatan Sarawak,” katanya.



Pada PRN 2016, Adenan memenangi kerusi Tanjung Datu dengan majoriti 5,892 undi dan pada PRK yang diadakan susulan kematiannya pada 2017, Jamilah berjaya mengekalkan penguasaan PBB di kawasan itu dengan majoriti yang lebih besar iaitu sebanyak 6,573 undi. BH

PrnSarawak: Azizul ikrar teruskan legasi Tok Nan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki



Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker