Lelaki Prank Pengguna Jalan Raya ‘Menyamar’ Jadi Kamera AES [VIDEO]

Lelaki Prank Pengguna Jalan Raya ‘Menyamar’ Jadi Kamera AES [VIDEO]

DEMI mengisi masa terluang dan bosan menunggu pesanan pizanya siap, seorang lelaki di United Kingdom (UK) bertindak memanjat tiang kamera perangkap had laju (AES) dan melakukan prank kepada pengguna jalan raya baru-baru ini.

Dalam kejadian di Lyons Winkups Holiday Park, North Wales itu, John Westlake, 38, bertindak meniru ‘rutin’ perangkap had laju dengan menghidupkan flash daripada telefon pintarnya.



Niatnya mungkin baik untuk mengelak daripada pengguna jalan raya memandu dengan laju namun cara yang dilakukannya itu agak keterlaluan.

Westlake menyifatkan tindakannya itu sebagai satu idea melucukan bagi menghabiskan masa ketika dia dan isterinya, Sarah Jane sedang menunggu makanan piza yang dipesan siap.

Video prank yang dimuat naik di Facebook itu mendapat tontonan lebih 17,000 kali.

Pengguna jalan raya yang terpedaya dengan flash yang dihalakan oleh Westlake kemudiannya dilihat segera memperlahankan kenderaan masing-masing.



Kami sedang menunggu di luar kedai piza dan saya terlihat terdapat satu lubang di belakang kotak kamera had laju.

“Ketika itu, saya fikir ia boleh dijadikan sesuatu yang melucukan sementara untuk menghabiskan masa menunggu.

“Saya kemudiannya bertindak memanjat dan menghalakan flash kepada setiap kereta yang melalui kawasan itu untuk melihat adakah mereka memperlahankan kenderaan atau tidak,” cerita Westlake.

Pasangan suami isteri itu mendakwa, sejak memuat naik video berkenaan, mereka menerima banyak friend request daripada orang yang tidak dikenali di Facebook.



“Saya menghalakan flash dan memberitahu mereka supaya memperlahankan kenderaan.

“Kami begitu terhibur. Setiap kereta yang kami flash segera memperlahankan kenderaan. Ia menghiburkan kami ketika menunggu makanan.

“Saya rasa orang memberikan respons sebegitu kerana tiada seorang pun yang sukakan kamera perangkap had laju.” – The Sun

Lelaki Prank Pengguna Jalan Raya ‘Menyamar’ Jadi Kamera AES [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Biru Muka Kau Lip’🤣🤣😂 Hos Yang Kena ‘GAME’ Balik Lepas Cuba Buat Ayda Jebat Prank Sis Sheila Rusly.



[VIDEO] Nak Prank Ibu Konon Girlfriend Dah Mengandung, Tapi Lain Pula Yang Jadinya Bila…Netizen Pun Join Sekaki Komen..

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker