Debaran kabinet ‘Ismail Sabri’ makin memuncak

Debaran kabinet ‘Ismail Sabri’ makin memuncak. Cakap-cakap mengenai pembentukan kabinet semakin hangat hari ini dalam kalangan parti-parti politik yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.Ini kerana pada kebiasaannya seseorang Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada setiap Rabu.Jangkaan pihak-pihak tertentu ialah Ismail Sabri akan membentangkan perkembangan semasa dalam negara terutama isu-isu berkaitan Covid-19.

Bagaimanapun, terdapat kemungkinan beliau akan menggunakan peluang tersebut untuk membincangkan tentang pelantikan beberapa menteri penting bagi membantu melancarkan urusan pentadbiran negara.

Sinar Harian difahamkan, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan berada di Pahang pada Rabu dan tidak dapat dipastikan sama ada Ismail Sabri akan bertemu secara bersemuka atau dalam talian.

Sementara itu, mengenai pembentukan kabinet, Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan Ismail Sabri telah memanggil beliau untuk berbincang tentang penglibatan pemimpin Sabah mengenai perkara tersebut dalam tempoh terdekat.



Menurutnya, perbincangan itu dijadualkan berlangsung dalam tempoh sehari dua ini.

“Insya-ALLAH beliau (Ismail Sabri) akan memanggil saya satu atau dua hari ini untuk kita berbincang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Ismail Sabri telah membuat perbincangan mengenai pembentukan kabinet dengan dirinya selaku pemimpin Sabah.

 



Bung Moktar
Bung Moktar

 

Bung Moktar turut memberitahu, selain isu pembentukan kabinet, pertemuan itu juga dijangka turut membincangkan perkara-perkara lain.

“Mungkin, bermacam-macam isu (lain lagi akan dibincangkan),” ujarnya.

Mengulas isu sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan, beliau telah berbincang dengan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai jawatan dalam kabinet pada Sabtu lalu.



“Dalam perjumpaan dengan Presiden pada hari itu, perkara tersebut telah dibincangkan,” katanya.

Jelas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi, beliau yakin Ismail Sabri akan berbincang dengan Pas mengenai cadangan barisan kabinetnya.

“Kita yakin apa pun cadangan akan dibincang dengan Pas,” kata beliau.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Rosol Wahid berkata, parti itu memberi mandat kepada Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memilih calon bagi menganggotai jemaah menteri baharu.



“Kita menyerahkan kepada Presiden (Muhyiddin) untuk menentukan (calon menteri) dan membuat keputusan.

“Kita tidak tahu apa perkembangan sebab kita sudah memberikan mandat kepada beliau,” katanya.

Menurutnya, selaku bekas Perdana Menteri yang pernah memimpin kerajaan sebelum ini, Muhyiddin diyakini mampu membuat keputusan terbaik.

Isu pelantikan jemaah kabinet baharu kini menjadi tumpuan selepas Ismail Sabri sah diangkat sebagai Perdana Menteri kesembilan Sabtu lalu.




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lantik Azmin sebagai TPM umpama bunuh diri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker