Jangan lantik Menteri kabinet makan gaji buta

Oleh Nurul Aisyah

PEMBENTUKAN kabinet baharu di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi fokus utama ketika ini. Rakyat sedang menilai beliau berdasarkan Menteri-menteri yang bakal dilantik dalam kabinet.

Rakyat telah nyatakan dengan jelas bahawa mereka tolak Menteri kabinet yang makan gaji buta. Mereka tolak menteri kabinet yang menjadikan hidup rakyat semakin sengsara dengan membuat keputusan-keputusan yang salah sehingga menyebabkan kadar kematian akibat Covid19 antara yang paling tinggi di dunia. Rakyat juga tolak menteri kabinet yang menyebabkan ekonomi negara merudum sehingga ekonomi Malaysia menjadi antara negara yang terburuk dalam dunia.

Malaysia tidak memerlukan jumlah menteri yang ramai. Kita memerlukan menteri yang berkualiti. Menteri yang mengutamakan rakyat bukannya menteri yang mengutamakan poket sendiri.

Tambahan pula, negara berada dalam keadaan kewangan yang sangat tenat. Walaupun Datuk Seri Najib menyediakan dana yang sangat banyak ketika menjadi PM ke 6 namun dana tersebut dihabiskan oleh kerajaan Mahathir dan kerajaan Muhyiddin dalam masa yang sangat singkat.

Memetik artikel FMT , Datuk Seri Najib mempersoalkan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil pinjaman RM11.5 bilion dalam tempoh 10 hari. Beliau mendakwa pinjaman itu diambil oleh Putrajaya dalam keadaan tergesa-gesa.

“Mereka sedang pinjam duit laju-laju macam dah dekat kiamat sahaja. 27 Julai, pinjam RM5.5 bilion, 3 Ogos pinjam RM4 bilion dan 9 Ogos pinjam RM2 bilion.

“Kerajaan PN pinjam RM11.5 bilion dalam tempoh 10 hari kerja lepas sahaja. Kenapa tergesa-gesa sangat meminjam?” soalnya.

Beliau turut memuat naik tangkap layar Forthcoming Auction Details menerusi laman web Bank Negara Malaysia (BNM).

Katanya, pinjaman itu akan dibayar balik kerajaan pada 2030 dan 2050.

Selain itu, dalam catatan dikongsikan semalam, Najib turut menyindir kerajaan PN bahawa semakin hilang keabsahan, “makin laju dan makin besar jumlah dipinjam”.

“Harga durian melambung naik ke apa?” soalnya menerusi komennya di Facebook semalam.

Dakwanya, lebih RM160 bilion dana sudah dipinjam, dijual dan dikorek kerajaan PN sejak awal tahun ini.

“Tapi rakyat dapat sikit sahaja. Pencapaian ke laut.”

Menurut desas-desus, pinjaman sebanyak RM11.5 bilion tersebut terpaksa dilakukan kerana Malaysia tidak lagi mempunyai dana yang cukup untuk bergerak.

Oleh itu saranan untuk mengecilkan jumlah Menteri kabinet dilihat sangat munasabah bagi mengurang perbelanjaan gaji Menteri yang tidak perlu. Tidak akan lagi wujud isu Menteri makan gaji buta.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker