Lapan beradik hilang ibu bapa akibat COVID-19 terima faedah bulanan Perkeso

Lapan beradik hilang ibu bapa akibat COVID-19 terima faedah bulanan Perkeso

RAWANG: Lapan beradik yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 baru-baru ini, menerima kunjungan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Meskipun kehilangan itu sukar digambarkan dan meninggalkan kesan mendalam kepada permata-permata kecil itu, namun kunjungan Perkeso tersebut mungkin sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada mereka.



Semasa sesi kunjungan itu, Perkeso menyampaikan Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) yang layak diterima ibu waris sepanjang arwah menerima rawatan di hospital akibat COVID-19.

Waris juga layak dan telah mula menerima Faedah Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan bagi arwah ayahnya dan Faedah Orang Tanggungan (FOT) di bawah Skim Bencana Pekerjaan bagi arwah ibu mereka.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, Pencen Penakat dan FOT akan dibayar secara bulanan kepada lapan beradik itu sehingga mereka mencecah usia 21 tahun atau sehingga tamat pengajian ijazah pertama, temasuk menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM4,000.

“Dalam kes seumpama ini di mana ayah dan ibu meninggal dunia, sekiranya ada (waris) yang telah melepasi umur 18 tahun, ia akan dibayar terus kepada waris yang sulung tetapi kalau anak-anak ini di bawah umur, (bayaran) akan dibayar kepada waris yang menjaga.

“Sejak tahun 2016, Perkeso telah menubuhkan Skuad Perkeso Prihatin. Melalui Skuad ini, kita tidak menunggu untuk waris datang ke pejabat, sebaliknya berdasarkan maklumat yang kami kesan atau terima baik daripada media, ketua masyarakat atau orang ramai mengenai kematian atau musibah yang menimpa mana-mana individu, Skuad Perkeso Prihatin akan membuat semakan dengan segera.



““Sekiranya mereka layak (terima faedah), kita tidak akan menunggu mereka untuk memohon, kita akan terus proses segala keperluan dan bantuan. Kami proaktif dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan melalui pendekatan ‘mendekati dan membantu’, ‘to search and serve’,” katanya selepas menyerahkan faedah Perkeso di sini, pada Selasa.

Sementara itu, anak sulung kepada lapan beradik itu, Nazurah Nabilah, 19 tahun, berkata, dia terharu dengan inisiatif Perkeso yang mengambil berat mengenai kebajikan mereka yang sudah tiada sesiapa.

“Sebelum ini saya sudah pernah menjaga adik-adik saya dan perkara ini akan saya teruskan kini sambil menyambung pengajian di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesen, Perak, dan setakat ini, semua pembelajaran dilakukan secara dalam talian,” katanya.

Allahyarham Ben Yajeed Bernie, 45 tahun, dan isterinya, Noraini Ibrahim, 43 tahun, meninggalkan lapan orang anak, iaitu tiga lelaki dan lima perempuan yang berusia antara empat tahun dan 19 tahun.



Ben Yajeed meninggal dunia pada 16 Julai lalu di Hospital Selayang dan selang dua hari kemudian Noraini pula meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh selepas jangkitan itu diterimanya sewaktu di tempat kerja.

Sehingga kini, lebih 11,000 pencarum telah menerima bayaran faedah Perkeso untuk kes berkaitan COVID-19, yang membabitkan bayaran kira-kira RM11.11 juta.

Sertai International Public Employment Forum 2021 yang dianjurkan oleh Perkeso pada 6 hingga 9 September 2021.

Sertai International Public Employment Forum 2021 yang dianjurkan oleh Perkeso pada 6 hingga 9 September 2021.

*Kandungan dalam artikel ini adalah hasil kerjasama bersama Perkeso.-Awani



Lapan beradik hilang ibu bapa akibat COVID-19 terima faedah bulanan Perkeso


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


‘Kasih Pak Long’ TPM bantu lapan beradik yatim piatu akibat Covid-19

USTAZ EBIT LEW BANTU LAPAN ADIK BERADIK SUSAH, BAGI RUMAH BARU & HANTAR PERGI MADRASAH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker