‘Kasih Pak Long’ TPM bantu lapan beradik yatim piatu akibat Covid-19

Sebaran :

‘Kasih Pak Long’ TPM bantu lapan beradik yatim piatu akibat Covid-19. Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, bersama tujuh adik beradik lain yang kisahnya tular selepas kehilangan ibu bapa akibat Covid-19 baru-baru ini akan diserap masuk menjadi anak angkat Boustead Holdings, sebuah anak syarikat di bawah Kementerian Pertahanan (MINDEF) Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, segala perbelanjaan dan pendidikan adik beradik itu akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat tersebut sehingga mereka berumur 18 tahun.

Ismail Sabri pada sidang akhbar di Bukit Beruntung, Rawang pada Khamis.

Menurutnya, kementerian lain seperti Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut memberikan bantuan pendidikan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) sebanyak RM500 untuk setiap adik beradik, yang mana akaun bank akan dibuka untuk mereka.

Hadir sama melawat keluarga tersebut ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Saipolyazan M Yusof.

Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberikan bantuan kewangan sebanyak RM150 kepada ahli keluarga berumur tujuh tahun ke atas, RM200 untuk mereka yang berumur enam tahun ke bawah, bakul makanan dan tabung kecemasan sebanyak RM950 secara one-off.

Selain itu, pihak LZS turut membantu dari segi pembayaran sewa rumah sebanyak RM650 sebulan bermula hujung tahun ini, bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM650, bakul makanan dan bantuan pendidikan.

“Oleh kerana Nazurah sedang belajar di Politeknik Mersing, Noraini bersetuju memindahkan Nazurah ke Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang, Perak supaya lebih dekat dengan adik beradik yang lain.

“Saya juga akan menemui Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan untuk berbincang mengenai proses pampasan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerusi arwah ibu mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, keluarga terbabit juga akan menerima bakul Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 Nadma iaitu bantuan one-off sebanyak RM5,000 diberikan kepada waris mangsa.

Ujarnya, adik lelaki Nazurah juga ditawarkan untuk bekerja di Boustead Holdings dan ditawarkan asrama, namun ia terpulang kepadanya untuk membuat keputusan tersebut.

“Ini sahaja yang kita boleh bantu, walaupun semua bersedih, kehidupan mereka perlu diteruskan dan kita akan bantu mereka dari segi itu.

“Apa yang berlaku pada mereka mungkin menimpa keluarga lain di banyak tempat, saya dah berbincang dengan Dr Adham supaya mendapatkan maklumat mengenai kejadian sama di tempat lain.

“Ini kerana banyak diuarkan oleh warganet dan saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang begitu prihatin membantu menyebarkan kisah ini,” katanya.

‘Kasih Pak Long’ TPM bantu lapan beradik yatim piatu akibat Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya dihadap ke mahkamah kerana tak dengar kata Mahathir


Sebaran :

Leave a Reply