Baru Lima Hari Tubuh, Kumpulan Kpop Solia Terpantas DiBubarkan, Puncanya…

Baru Lima Hari Tubuh, Kumpulan Kpop Solia Terpantas DiBubarkan, Puncanya…

KHABAR mengejutkan daripada industri hiburan Korea Selatan apabila Solia menjadi antara kumpulan Kpop terpantas dibubarkan iaitu hanya selepas lima hari dilancarkan.

Pada 16 Ogos lalu kumpulan di bawah syarikat pengurusan Space Music Entertainment ini tampil dengan lagu debut pertama mereka berjudul Dream.

Mereka dianggotai lima gadis iaitu Soree, Hayeon, Suna, Soyeon, dan Eunbi.

Menerusi posting di Instagram rasmi Solia pada 22 Ogos, mereka meminta maaf kerana mengejutkan peminat dengan berita buruk itu.

Perkonngsian itu menjelaskan tindakan pembubaran terpaksa diambil berikutan syarikat naungan tidak lagi mampu menguruskan mereka.

Berikut adalah kenyataan penuh Solia:

Helo, kami Solia.

Kami minta maaf kerana mengejutkan anda dengan berita buruk secara tiba-tiba.

Pada masa ini syarikat tidak lagi mampu menguruskan kumpulan kami, Solia kerana keadaan mereka. Kami telah berbincang panjang lebar dengan syarikat itu.

Ia satu tempoh masa yang sangat singkat, tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih dan maaf kepada peminat yang menyokong kami dan menyayangi kami.

Sekiranya anda ingin mengetahui mengenai aktiviti peribadi ahli Solia, saya sangat menghargainya jika anda follow Instagram mereka.

Sekali lagi, kami meminta maaf kepada peminat.

Sumber: Instagram Sofia

Baru Lima Hari Tubuh, Kumpulan Kpop Solia Terpantas DiBubarkan, Puncanya…


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Selain Lisa Blackpink, 4 Bintang Korea Ini Pernah Menjadi Mangsa Gangguan Seksual

Kantoi!! Ramai Terkejut Dengan Tweet Syafiq Kyle Tentang Jennie Blackpink, Termasuk Mimi Lana

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker