Anwar batu penghalang kepada PH luaskan gabungan

Anwar batu penghalang kepada PH luaskan gabungan, kata penganalisis

Seorang penganalisis politik melihat Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai batu penghalang dalam meluaskan lagi gabungan Pakatan Harapan (PH).

Mengulas cadangan PH yang menjemput semua parti pembangkang untuk menyertainya, Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura memberitahu FMT, beliau tidak melihat ia berlaku selagi Anwar kekal sebagai ketua pembangkang.



“Anwar perlu berundur kerana ketokohannya sebagai pemimpin semakin pudar,” katanya.

Oh mengulas kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah, Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh dan Timbalan Ketua Wanita PH Amanah Raj Munni Sabu yang mencadangkan gabungan itu supaya menjemput semua parti pembangkang lain menyertai kerjasama berkenaan.

Mereka berkata seramai 105 Ahli Parlimen pembangkang menyokong Anwar ketika mencalonkannya sebagai perdana menteri dan PH perlu mengekalkan dan mengukuhkan sokongan daripada parti pembangkang yang belum bergabung dengan mereka.

“Berikutan itu, kami mencadangkan supaya PH segera menghantar jemputan rasmi kepada semua parti pembangkang iaitu Warisan, Muda, Pejuang, Upko dan PSB untuk menyertai PH,” katanya.




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Oh berkata ia adalah idea yang baik untuk parti-parti pembangkang membentuk gabungan tetapi percaya agak sukar untuk memujuk beberapa parti menerima jemputan itu, khususnya Warisan dan Pejuang.

“Warisan tentunya lebih suka presidennya, Shafie Apdal mengemudi PH manakala Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad berkeras tidak mahu Anwar menjadi perdana menteri,” katanya.



Ahli akademik Azmi Hassan mempunyai pendapat yang hampir sama sambil berkata beliau tidak percaya bahawa Warisan, Muda dan Pejuang mahu Anwar sebagai calon perdana menteri.

Katanya, parti pembangkang lebih kecil juga mungkin menolak jemputan itu kerana tidak menyokong Anwar sebagai pemimpin PH. FMT

Anwar batu penghalang kepada PH luaskan gabungan

Mohd Alwi minta MP Umno usah ‘overdose’ kerumun PM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker