Asteroid Lebih Besar Daripada Menara Jam Big Ben Hampiri Bumi Ahad Ini

Asteroid Lebih Besar Daripada Menara Jam Big Ben Hampiri Bumi Ahad Ini

Sebuah asteroid bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada menara jam Big Ben di London dijangka memasuki orbit Bumi pada hujung minggu ini, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), agensi itu buat masa ini sedang menjejaki pergerakan batuan angkasa lepas dikenali sebagai 2021 PT tersebut yang diramal menghampiri Bumi Ahad ini.

Objek itu mempunyai diameter antara 110 meter (m) hingga 240 m.

Ia dilaporkan bergerak pada kelajuan melebihi 25,700 kilometer (km) sejam, namun akan melintasi Bumi pada jarak selamat, iaitu lebih 4.8 juta km.

Sementara itu, NASA buat masa ini turut menjejaki sebuah lagi asteroid yang digelar 2011 UC292.

Ia mempunyai diameter lebih kecil, iaitu 73 m hingga 160 m, namun bergerak pada kelajuan melebihi 30,743 km sejam.

Bagaimanapun, asteroid tersebut turut akan melintasi Bumi pada jarak selamat iaitu melebihi 3.2 juta km pada hari ini. – Agensi

Asteroid Lebih Besar Daripada Menara Jam Big Ben Hampiri Bumi Ahad Ini


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Asteroid sebesar Burj Khalifa lintasi Bumi awal pagi esok [VIDEO]

NASA Osiris-Rex ‘mencium’ asteroid Bennu dalam misi bersejarah [ VIDEO ]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker