Koperal ‘makan debu’ ketika hantar bakul makanan

TENOM – Walaupun terpaksa ‘makan debu’ sepanjang lebih 30 kilometer perjalanan ke Kampung Rundum, Kemabong, itu bukan halangan bagi sepasukan pegawai dan anggota polis menyampaikan bakul makanan kepada penduduk terjejas menerusi Op Bantu.

Keadaan jalan tidak berturap dan kering selain hanya boleh dilalui menggunakan kenderaan pacuan empat roda menyebabkan pakaian seragam serta badan tiga anggota polis diselaputi debu tebal sebaik tiba di lokasi.

Koperal Sabhi Julahi yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu memberitahu, sejak Op Bantu dilancarkan pada Julai lalu tugas itu sudah menjadi sebahagian tanggungjawab mereka membantu rakyat.

“Kami sudah biasa untuk program Op Bantu penduduk termasuk di pedalaman tetapi ini kali pertama berdepan dengan pengalaman debu ‘melekat’ di baju seragam dan seluruh badan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian ketika membawa bakul makanan untuk penduduk Kampung Rundum pada Isnin.

Sabhi bersama dua rakannya, Koperal Md Muzafar Azrin Khan Abdul Hasan serta Koperal Fidelis Alla yang menaiki ruang belakang pacuan empat roda bertahan selama hampir dua jam perjalanan menuju ke kampung berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Sabah, Senior Asisten Komisioner Yusuh Mat Tais berkata, sebanyak 30 bakul makanan disumbangkan kepada penduduk di kampung berkenaan.

“Kampung ini dimajukan sebagai pusat pelancongan sebelum ini namun sejak pandemik Covid-19 melanda ia ditutup menyebabkan ramai penduduk hilang punca pendapatan dan terpaksa bergantung kepada hasil pertanian.

“Bagaimanapun keadaan jalan tidak berturap dan jauh dari pekan menyebabkan hasil pertanian juga sukar dipasarkan sekali gus menjejaskan pendapatan penduduk kampung,” katanya.

Jalan menuju ke Kampung Rundum tidak berturap dan kering menyebabkan anggota polis terpaksa mengharungi debu jalan sepanjang perjalanan.

Oleh itu, Yusuh berkata, atas inisiatif Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom, Asisten Superintendan Zukri Abidin seramai 30 ketua isi rumah disalurkan bantuan bakul makanan bagi mengurangkan beban mereka.

Sementara itu, seorang penerima bakul makanan, Yansuku Impar, 55, bersyukur kerana pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) prihatin dengan nasib penduduk seperti mereka yang tinggal jauh di pedalaman.

“Sejak pandemik pendapatan kami terjejas teruk kerana bukan saja sektor pelancongan tidak dapat beroperasi tetapi juga hasil pertanian biji kopi sukar dipasarkan kerana kilang di Tenom juga turut tidak beroperasi.

“Disebabkan itu, kami jarang keluar ke pekan Tenom ditambah pula terlalu jauh menyebabkan barang bekalan makanan kadang kala terputus. Jadi dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu penduduk yang terjejas,” katanya.

Koperal ‘makan debu’ ketika hantar bakul makanan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bintang TikTok maut jatuh bangunan semasa rakam video [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker