Mohd Alwi minta MP Umno usah ‘overdose’ kerumun PM

Mohd Alwi minta MP Umno usah ‘overdose’ kerumun PM

Pemimpin politik khususnya dari Umno digesa supaya menjaga imej Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, dengan tidak melakukan tindakan berlebihan sehingga mendatangkan kemarahan rakyat.

Perkara itu disuarakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Alwi Che Ahmad, susulan beberapa gambar dan video tular menyaksikan Ismail Sabri diiringi dengan meriah ketika melawat lokasi bencana kepala air di Yan, Kedah, semalam.

Selain itu gambar anggota Parlimen Bera itu menaiki kapal terbang kerajaan Malaysia diiringi ramai ahli parlimen Umno juga mengundang kecaman ramai, terutama apabila perjalanan itu sebenarnya mengunjungi rakyat yang ditimpa bencana serta kesedihan.

“Saya nak sebut tadi supaya ahli-ahli parlimen kita, semua pemimpin politik terutama Umno membantu menjaga imej perdana menteri.

“Macam semalam viral di Kedah itu sampai berpuluh buah kereta ikut. Guna kapal terbang perdana menteri, tak apalah nak naik itu, baguslah, tapi ini imej lama.

“Imej ini yang menyebabkan orang marah dengan kita. Jadi berpada-padalah. Boleh pergi tapi tak payahlah tunjuk,” katanya ketika ditemui media selepas sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Anggota dewan undangan negeri Kok Lanas itu berkata demikian sebagai mengulas rombongan yang yang dilihat mengiringi Ismail Sabri pada lawatan tersebut yang tular di media sosial sejak semalam.

Nak bertahan lama

Terdahulu Ismail Sabri menerima kritikan selepas tersebar gambar memaparkan rombongan ahli-ahli parlimen turut serta dalam lawatan rasmi tersebut.

Kritikan turut mempertikaikan papan iklan besar di Kuala Muda – salah satu kawasan dilanda banjir – yang mengalu-alukan lawatan perdana menteri itu.

Sebagai rekod Ismail Sabri terbang ke Kedah semalam menaiki pesawat kerajaan.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Antara ahli parlimen Umno yang dikatakan turut berada dalam perjalanan itu – seperti dalam gambar tular – ialah Mahdzir Khalid (Padang Terap), Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak), Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Hasan Arifin (Rompin) dan Mohd Salim Sharif (Jempol).

Sementara itu Mohd Alwi berkata, jika imej sedemikian kembali kepada Umno orang ramai akan membuat tanggapan keadaan itu seolah-olah berlaku apabila Umno berkuasa.

“Itu yang saya tegur sikit, bukan saya dengki, kita semua kena rai perdana menteri tapi bukan itu caranya. Ini kerumun sampai begitu sekali, ramai viral tak payahlah.

“Jagalah imej perdana menteri Umno ini kita nak bertahan lama. Perdana menteri tak salah, takkan dia nak halau dan marah, tapi kita kenalah tahu, tolong jaga imej parti. Imej perdana menteri adalah imej kita.

“Jadi kalau kita sayang perdana menteri jangan kita rosakkan imej dia. Ini maksud saya jangan salah faham pula. Rakyat tengok sakyat tak suka, tengok komen di media sosial tak bagus.

“Saya tak seronoklah dalam beberapa hari kita dah macam itu. Jangan overdose (berlebih-lebihan),” tegasnya. Mk

Mohd Alwi minta MP Umno usah ‘overdose’ kerumun PM

Sudah Lama Berlalu, Chong Wei Enggan Dedah Nama Perasuah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker