Anak Musa Aman meninggal dunia



Anak Musa Aman meninggal dunia

Anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta disini.

Kenyataan media yang dikeluarkan pejabat Musa menyatakan anak lelakinya Mohammed Hayssam yang juga adik kepada Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez, dilaporkan meninggal dunia hari ini.

“Dengan perasaan yang sangat sedih kami mengumumkan pemergian Mohammed Hayssam bin Musa pada 24 Ogos 2021. Hayssam meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan.

“Kami meminta agar semua pihak menghormati privasi keluarga dalam tempoh yang sangat sukar ini. Semoga Allah merahmati roh dan menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman,” kata kenyataan itu.




Pemergian anak Musa itu tersebar di media sosial berdasarkan ucapan takziah beberapa pihak sebelum disahkan melalui kenyataan media dari pejabat Musa dan sumber terdekat yang lain. SMedia

Sementara itu Dato Seri Najib turut mengucapkan ucapan takziah kepada Tan Sri Musa Aman di laman media soisalnya.

Innalillahiwainnailaihirojiun
Takziah kepada Tan Sri Musa Aman dan keluarga atas kehilangan anakanda tercinta Mohammed Hayssam sebentar tadi.
Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392




Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Anak Musa Aman meninggal dunia





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sudah Lama Berlalu, Chong Wei Enggan Dedah Nama Perasuah



Leave a Reply

Your email address will not be published.